Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Aishah Ghani Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Aishah Ghani

TAN SRI DATIN PADUKA SERI HAJAH AISHAH GHANI

Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Aishah Ghani

Nama                        :     Aishah Binti Ghani

Tarikh Lahir             :     15 Disember 1923

Tempat Lahir           :     Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor

Meninggal Dunia    :     19 April 2013

Pendidikan               :  - Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras, Selangor

- Sekolah Menengah, Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia (1936-1939)

- Maktab Perguruan Tinggi Islam, Padang, Sumatera Barat, Indonesia (1940-1943)

- Regent Street Polytechnic, London (1955 - 1958)

Kerjaya                     :   - Wartawan Pelita Malay

- Wartawan Berita Harian

- Penyunting Kumpulan Akhbar New Straits Times

- Menteri Kebajikan Masyarakat

Sumbangan             :   - Ahli Dewan Undangan Negara Wanita Pertama

- Wakil Wanita Malaysia ke Perhimpunan Agong Pertubuhan  Bangsa-bangsa Bersatu

- Pengasas Yayasan Kebajikan Negara

- Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

-  Ahli Jawatankuasa Yayasan Tun Abdul Razak

Politik                        :    - Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKKM)

 - Angkatan Wanita Sedar

- Setiausaha Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

- Ahli Majlis Tertinggi UMNO

- Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO

- Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Selangor

- Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

- Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO

Anugerah                 :   - Johan Mangku Negara (J.M.N)

- Darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua (D.P.M.S)

- Panglima Mangku Negara (P.M.N)

- Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang, Universiti Sains Malaysia

- Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama (S.P.M.S)

- Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keterangan              :

Tan Sri Aishah Ghani tidak dapat dipisahkan dengan sejarah politik Malaysia. Penglibatan awal beliau dalam politik bermula dengan kerjayanya sebagai wartawan dalam Pelita Malaya, lidah rasmi Parti Kebangsaan Melayu (PKM) dan beliau telah mengetuai sayap wanita PKM yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Pada tahun 1949 beliau telah menyertai UMNO dan dilantik menjadi Setiausaha UMNO Kampung Baru. Beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan dan penyunting di beberapa syarikat akhbar tetapi telah mengundurkan diri daripada kerjayanya apabila dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik sebagai Senator pada tahun 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat sehingga tahun 1984.

Mukasurat: 1  2  3