Tan Sri Haji Mazlan Nordin Tan Sri Haji Mazlan Nordin

 

1. Kehidupan Peribadi    
  Nama : Mazlan bin Nordin
  Tarikh Lahir : 14 Oktober 1925
  Tempat Lahir : Tanjung Malim, Perak
  Keluarga : Isteri, Puan Sri Rogayah Sameon, meninggal dunia
      pada 1996. Mereka dikurniakan dengan empat orang
      cahaya mata
       
2. Pendidikan : Malay College Kuala kangsar (1939)
      (Pengajiannya tergendala akibat meletusnya Perang
      Dunia kedua)
       
3. Kerjaya : Wartawan (Utusan Melayu dan Berita Harian)
      Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA)
      Ketua Pengarang Utusan Melayu
      Pengarah Urusan (1983-1987)
       
4. Sumbangan : Perunding Jabatan Pengarang NSTP
      Kolumnis di Mingguan Malaysia, The Sun, NSTP
      Majalah Asia Week
      Penulis Tamu, Universiti Kebangsaan Malaysia
      Pengerusi Malaysia Press Institute (1989 - 2003)
      Ahli Lembaga World Enterprise Institute (2000)
      Pengerusi Press Foundation of Asia (1999)
      Pengerusi Afro-Asian People Solidarity Organisation
      Malaysia
       
5. Anugera / Darjah Kebesaran : Ahli Mangku Negara (1966)
      Johan Setia Mahkota (1975)
      Johan Mangku Negara (1980)
      Setia Diraja Kedah (1982)
      Setia Mahkota Pahang (1982)
      Dato' Paduka Mahkota Perak (1993)
      Panglima Setia Mahkota (2005)
      ASEAN Award (1987)
      Anugerah Wartawan Cemerlang Negara (1996)
      Tokoh Wartawan Negara (2001)
      Ijazah Doktor Falsafah, UKM (2005)
      Tokoh Wartawan Malaysia (2002)
      Tokoh Wartawan Terbilang UKM (2009)
       
6. Meninggal Dunia    
  Tarikh Meninggal : 22 Mac 2012
  Tempat Meninggal : Pusat Perubatan Universiti Malaya
  Tempat Dikebumi : Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
       
7. Maklumat Tambahan    

Tokoh wartawan ini pernah bertugas sebagai penterjemah di Utusan Melayu, Singapura pada 1950. Beliau juga ditugaskan untuk mewawancara Natrah yang pada ketika itu dibawa ke gereja untuk dikristiankan. Berkemahiran berbahasa Inggeris memberi peluang kepadanya berkhidmat sebagai pemberita sambilan dengan menulis semula berita ke dalam Bahasa Inggeris untuk Singapore Free Press yang kemudiannya dikenali sebagai Malay Mail. Beliau kemudiannya mendapat tawaran sebagai wartawan penyiaran di Voice of American di New York. Beliau pulang ke tanah air pada 1953 dan menyertai Utusan Melayu dan seterusnya berkhimat untuk Berita Harian sebagai editor lima tahun kemudian. Tan Sri Mazlan Nordin merupakan tokoh pembicara Majlis Pengkisahan Sejarah Media Massa ‘Media-Pemangkin Kemerdekaan’ pada 16 Ogos 2007 di Arkib Negara Malaysia.

Mukasurat: 1  2