Tan Sri Hamzah Bin Datuk Abu Samah Tan Sri Hamzah Bin Datuk Abu Samah

TAN SRI HAMZAH BIN DATUK ABU SAMAH
 

 

1. Kehidupan Peribadi    
  Nama : Hamzah bin Abu Samah
  Tarikh Lahir : 5 Januari 1924
  Tempat Lahir : Pekan, Pahang
  Keluarga : Berkahwin dengan Toh Puan Zainon Hussein
      dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata
       
2. Pendidikan : Sekolah Melayu Kajang, Selangor
      Kolej Melayu Kuala Kangsar
      Barristerat-Law, Gray's Inn, London
       
3. Kerjaya : Penolong Penyelia Pilihanraya Pahang
      Timbalan Pendakwa Raya Awam di Johor
      Penasihat Undang - Undang Negeri Selangor
      Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
       
4. Sumbangan : Ahli Parlimen Kawasan Raub (1967,1969,1974)
      Timbalan Menteri Dalam Negeri (1967 - 1969)
      Menteri Penerangan dan Penyiaran (1969 - 1971)
      Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1971 - 1973)
      Menteri Pertahanan (1973 - 1974)
      Menteri Perdagangan dan Industri (1974 - 1978)
      Menteri Undang - Undang dan Peguam Negara (1978 - 1980)
       
5. Anugerah / Darjah Kebesaran : Panglima Mangku Negara (PMN) (1983)
      Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz
      Shah (DSSA) (1986)
       
6. Meninggal Dunia    
  Tarikh Meninggal : 4 September 2012
  Tempat Meningal Mantin, Negeri Sembilan (Rumah)
  Sebab - Sebab ; Sakit Tua
  Tempat Dikebumi : Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
       
7. Maklumat Tambahan    

Tan Sri Hamzah memegang jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia sejak 1976, International Olympic Committee (IOC) sejak 1978, ahli bagi IOC Juridical Commission dan Cultural Commission (1978-1982) serta Senior Vise President bagi Majlis Olimpik Asia (1982). Di peringkat Asia Tenggara, beliau merupakan Presiden Kehormat bagi South East Asia Games Federation sejak 1977. Dalam arena sukan bola sepak, beliau dilantik menjadi Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFAC) dari 1978 hingga 1994, Presiden Kehormat AFC sejak tahun 1994, Naib Presiden Federation of International Football Association (FIFA) dari Disember 1982 hingga Mac 1990 dan Ahli Eksekutif Kehormat FIFA pada 1990.

Beliau juga merupakan Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari tahun 1984-1988. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Kriket Malaysia dari 1969-1990, Naib Presiden bagi Islamic Solidarity Federation sejak Mac 1985 dan Presiden bagi Persatuan Tae Kwan Do Malaysia sejak 1987. Kepimpinan Beliau dalam sukan turut meletakkan beliau sebagai Vice President bagi Persekutuan Sukan Komenwel (CGF) sejak tahun 1982 dan beliau memain peranan dalam usaha membawa Sukan Kuala Lumpur ’98, Sukan Komanwel ke XVI, ke Malaysia. Tokoh Pembicara Majlis Pengkisahan Sejarah Penglibatan Malaysia Dalam Sukan Komanwel pada 30 Julai 1998 di Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Mukasurat: 1  2  3