Tan Sri Saw Huat Lye Tan Sri Saw Huat Lye

Tan Sri Saw Huat Lye dilahirkan pada 1935 di Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan di Penang Free School dan seterusnya menyambung pengajian ke Universiti Malaya, Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada tahun 1958. Beliau mengikuti Advanced Management Program (AMP) di Harvard Business School, Boston, Amerika Syarikat pada tahun 1975.

Setelah tamat pengajian di Universiti Malaya, beliau menyertai Malaysian Home and Foreign Service dan berkhidmat dalam pelbagai jawatan seperti Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Kerajaan Tempatan); Pengerusi Majlis Perbandaran Taiping, Perak; Penolong Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Penolong Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

Pada tahun 1971, Tan Sri Saw bersara dari perkhidmatan untuk mengetuai penubuhan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) berikutan pembubaran Malaysia-Singapore Airlines (MSA). Beliau seterusnya dilantik sebagai Ketua Eksekutif MAS sehingga bersara pada tahun 1982.

Kini beliau merupakan Pengarah Eksekutif Naluri Corporation Berhad dan menjadi Lembaga Pengarah di beberapa buah syarikat termasuklah Shell Refining Co. (FOM) Bhd. dan Guinness Anchor Bhd. sebagai Pengerusi.

Majlis Pengkisahan Sejarah 58 Tahun Malaysia Airlines
29 September 2005
Arkib Negara Malaysia.