Terowong Lebuhraya Pertama Malaysia Terowong Lebuhraya Pertama Malaysia

 

Terowong     Terowong Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
         
Panjang     950 meter
         
Lokasi     Genting Sempah, Pahang
         
Kos Pembinaan   :   RM 1.4 juta
         
Tarikh Perasmian   :   7 Januari 1978
         
Dirasmikan oleh   :   Datuk Haji Abdul Ghani Gilong,
Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam
         
Keterangan   :  

Menghubungkan kawasan di antara Gombak, Selangor dan Genting Sempah, Pahang. Terletak di banjaran Titiwangsa. Merupakan sebahagian daripada projek pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, yang telah memendekkan perjalanan pengguna dari sebelah pantai barat ke pantai timur Semenanjung Malaysia. Tempoh pembinaan lebuhraya ini bermula dari Disember 1974 sehingga pertengahan tahun 1979. Pada awal pembinaannya, terowong ini merupakan terowong tunggal dengan dua lorong sahaja, sebelum terowong tambahan dibina pada tahun 1995, iaitu ketika kerja menaik taraf Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak kepada Lebuhraya Ekspress Empat Lorong dilaksanakan.  

         
Lawatan Tapak projek Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
 
Lawatan tapak projek Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak oleh Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerja Raya dan Kemudahan-kemudahan Awam pada 14 Jun 1977.
     

Gambar terowong Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak di hari pembukaan dan perasmiannya pada 7 Januari 1978.

 
Terowong Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak di hari pembukaan dan perasmian
     
Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak pada tahun 1977
 
Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak pada tahun 1977
     

Mukasurat: 1  2