Terowong SMART
Terowong | : | Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Stormwater Management and Road Tunnel) | ||
Panjang | : | 4 km | ||
Lokasi | : | Di antara Jalan Sungai Besi dengan Jalan Ampang | ||
Kos Pembinaan | : | RM 1.9 juta | ||
Tarikh Perasmian | : | 14 Mei 2007 | ||
Dirasmikan oleh | : | Dato' Seri Azmi bin Khalid, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato' Seri S Samy Vellu Menteri Kerja Raya | ||
Keterangan | : | Terowong SMART adalah singkatan daripada Stormwater Management and Road Tunnel (Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir). Projek pembinaan terowong ini diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Projek ini diuruskan oleh syarikat usahasama MMC Berhad dan Gamuda Berhad, iaitu Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd. SMART merupakan laluan alternatif untuk jalan Sungai Besi bagi mengatasi masalah kesesakan trafik dari arah selatan (Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban) dan arah barat (Lebuhraya Persektuan). Antara keunikan terowong ini ialah, Pintu Kawalan Banjir Automatik yang akan bertukar menjadi terowong air banjir untuk melencongkan air banjir dari kolam tadahan dan kawasan simpanan ke Sungai Kerayong yang kemudiaannya akan dilepaskan semula ke Sungai Klang. Terowong ini juga dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan rondaan 24 jam oleh petugas kawalan, alat pencegah kebakaran, alatan perubatan dan telefon kecemasan. | ||
Keratan akhbar mengenai Terowong SMART di Surat Khabar KOSMO, 22 Disember 2014. | ||
Keratan Artikel mengenai Terowong SMART di Majalah Jurutera, Disember 2007. | ||