Tun Dato' Haji Omar Ong Yoke Lin Tun Dato' Haji Omar Ong Yoke Lin

                                                           

                                                           TUN DATO' HAJI OMAR ONG YOKE LIN

                                                                 

Kehidupan Peribadi    
Nama   Omar Ong Yoke Lin
Tarikh Lahir   23 julai 1917
Tempat Lahir   Kuala Lumpur
Keluarga   Isteri, Toh Puan Hajjah Dr. Aishah Ong.
Dikurniakan dengan tiga orang anak.
     
Pendidikan : Victoria Institution
    Universiti London (1934)
     
Kerjaya : Menteri Pos dan telekom (1955)
    Menteri Pengangkutan (1956)
    Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat (1957 - 1959)
    Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1959)
    Memangku Jawatan Menteri Pertahanan, Perdagangan dan Perusahaan dan Menteri Pertanian
    Menteri Tak Berjawatan (1970)
    Yang Dipertua Dewan Negara
     
Sumbangan   Menyertai rombongan kemerdekaan ke London pada April 1957
    Ahli Jawatankuasa Penasihat Perang Negeri
    Ketua Pasukan Kawalan Kampung di Kuala Lumpur
    Ketua Perwakialan Malaysia ke Persidangan Buruh Antarabangsa (1957 & 1958)
    Ketua Perwakilan Malaysia ke Persidangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (1961 & 1962)
    Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (1962)
    Wakil Tetap Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu (1962 - 1964)
    Pesuruhjaya Tinggi ke Kanada (1966)
    Duta Besar Malaysia Pertama ke Brazil (1967)
     
Anugerah / Darjah Kebesaran   Panglima Mangku Negara (1959)
    Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (1970)
    Darjah Kebesaran Seri Paduka Darjah Selangor
    Darjah Kebesaran Seri Paduka Darjah Kinabalu (1973)
    Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota (1979)
    Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Universiti Malaya (1981)
    Pingat Emas Kelas Pertama Negeri Sarawak (1988)
     
Meninggal Dunia    
Tarikh Meninggal   1 Julai 2010
Tempat Meninggal   Persiaran Duta, Kuala Lumpur
Sebab - Sebab   Sakit Tua
Tempat Dikebumi   Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
     

 

Maklumat Tambahan

Tun Omar Ong Yoke Lin mengetuai perwakilan Kerajaan Persekutuan di rundingan bersama perwakilan Singapura, Sabah dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang yang menandatangani Perjanjian Penubuhan Malaysia di London pada September 1963. Tun juga berjaya mengusulkan rang undang-undang Kesatuan Sekerja dalam Majlis Undang-Undang Persekutuan tahun 1957 bertujuan melindungi pergerakan Kesatuan Sekerja dari diseludupi anasir subversif komunis dan mencegah penyalahgunaan wang Kesatuan Sekerja. Tun juga aktif menerajui pertubuhan kebajikan dan sukarela antaranya Persatuan Palang Merah, St. John's Ambulance dan Ahli Majlis PERKIM. Tun pernah dijemput menjadi tokoh pembicara dalam Majlis Pengkisahan Sejarah – Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra pada 10 Oktober 1992 di Arkib Negara Malaysia.

 

Mukasurat: 1  2  3