Tun Fatimah Bt Haji Hashim Tun Fatimah Bt Haji Hashim

TUN FATIMAH HAJI HASHIM

Kehidupan Peribadi    
Nama:   Fatimah binti Hashim
Tarikh Lahir:   25 Disember 1924
Tempat Lahir:   Kampung Parit Keroma, Muar, Johor
Keluarga   Berkahwin dengan Tan Sri Abdul kadir Yusof dan mempunyai enam orang anak

 

Pendidikan:

 

 

  • Sekolah Melayu Lelaki Kampung Parit Keroma
  • Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Johor

Kerjaya:

 
  • Guru
  • Menteri Kabajikan Am(20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973)
Sumbangan:  

 

  • Menjadi guru ganti/ sementara di Sekolah Perempuan Mersing
  •  Membuka kelas dewasadi rumah beliau sendiri untuk membantu penduduk-penduduk yang buta huruf.
  • Ahli UMNO (1947)
  • Ahli Jawatankuasa Cawangan Kaum Ibu Kampung Nong Chik, Johor Bahru (1948)
  •  Penolong Setiausaha UMNO Cawangan Johor Bahru
  • Naib Ketua Kaum Ibu UMNO Kota Tinggi
  • Setiausaha Pergerakan Kaum Ibu UMNO Johor (1951-1953)
  • Wakil Parti Perikatan (1955)
  • Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO (1956-1972)
  • Ahli Parlimen Kawasan Jitra/ Padang Terap
  • Naib Presiden UMNO (1963-1967)

 

Anugerah / Darjah Kebesaran

 

  • Bintang Panglima Mangku Negara (PNM) (31 Ogos 1958)
  • Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) (2003)
  • Anugerah Merdeka (Kategori Pendidikan dan Komuniti) (2009)

 

Meninggal Dunia   

   
Tarikh Meninggal : 9 Januari 2010
Tempat Meninggal : Kuala Lumpur (rumah)
Sebab - Sebab : Sakit Tua
Tempat Dikebumi : Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur

 

Maklumat Tambahan:

Tun Tan Sri (Dr) Hajah Fatimah binti Hashim merupakan wanita pertama menjawat jawatan Menteri. Beliau memegang jawatan Menteri Kebajikan Am selama empat tahun. Beliau juga merupakan pengasas Hari Wanita di Malaysia dan banyak berjasa dalam memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (National Council of Women’s Organisations, NCWO). Beliau menerajui NCWO selama 24 tahun dan bersara pada tahun 1989.

Mukasurat: 1  2  3