Unit Perolehan dan Kontrak Unit Perolehan dan Kontrak

OBJEKTIF UNIT PEROLEHAN DAN KONTRAK

Bertanggungjawab dalam menguruskan perolehan pembekalan dan perkhidmatan bagi Jabatan Arkib Negara Malaysia.

Memastikan pengurusan perolehan dilaksanakan secara efisyen, efektif dan berintegriti serta mengikut dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP), Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa.

 

FUNGSI UNIT PEROLEHAN DAN KONTRAK

Antara tugas/fungsi Unit Perolehan dan Kontrak adalah:

  • Menguruskan semua perolehan Arkib Negara Malaysia berkaitan sebut harga, sebut harga B, tender, rundingan terus dan pembelian terus melalui sistem ePerolehan.
  • Memantau proses perolehan yang dilaksanakan oleh Jabatan agar mematuhi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.
  • Memastikan perolehan Jabatan dilaksanakan menggunakan sistem ePerolehan dan mengikut pekeliling dan arahan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Memastikan setiap permohonan perolehan memperolehi kelulusan daripada Ketua Jabatan, Kementerian dan Perbendaharaan.
  • Memastikan Ahli Jawatankuasa yang dilantik melaksanakan perolehan mengikut peraturan pekeliling dan telah ditetapkan.
  • Memastikan Pesanan Kerajaan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan.
  • Memantau pengurusan kontrak sedia ada dan memastikan perubahan dan pelanjutan kontrak dilaksanakan mengikut peraturan pekeliling yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan

 

Unit Aset dan Stor Seksyen Pegurusan Rekod dan Registri Unit Perolehan dan Kontrak
  Seksyen Pembangunan dan Penyelenggaraan