Visi, Misi & Objektif Visi, Misi & Objektif

VISI ARKIB NEGARA MALAYSIA
Peneraju transformasi Pengurusan Rekod dan Pentadbiran Arkib sebagai pusat penyelidikan negara yang cemerlang menjelang 2020.


MISI JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

Memperkasa Pengurusan Rekod dalam sektor awam dan Pentadbiran Arkib melalui perkongsian pintar dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara efisien dan efektif demi kepentingan masyarakat dan negara.

OBJEKTIF  JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

  1. Meningkatkan kecekapan dan kesedaran penjawat awam mengenai Pengurusan Rekod melalui penguatkuasaan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) bagi memastikan rekod diurus secara sistematik dan kos efektif mengikut standard yang telah ditetapkan.
  2. Memperolehi bahan arkib yang bernilai kekal disimpan dan dipelihara mengikut prinsip dan standard yang ditetapkan sebagai bahan rujukan dan warisan negara.
  3. Memasyarakatkan bahan arkib melalui program - program advokasi bagi mempertingkatkan penghayatan sejarah negara ke arah pembentukkan jati diri warga Malaysia.