Lembaga Penasihat

LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 20hb Julai 1967 selaras dengan peruntukan Akta Arkib Negara No.44/1966 yang pada masa itu dikenali sebagai undang-undang Arkib Negara 1966 yang bertanggungjawab " Untuk menasihatkan Pengarah dalam menyelenggarakan tugas-tugasnya di bawah undang-undang ini, satu Lembaga Penasihat mengandungi Pengarah itu sebagai Pengerusi dan lima orang ahli lain hendaklah dilantik oleh Menteri ". Seramai lima orang ahli telah dilantik oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada masa tersebut, selaku Menteri berkenaan untuk tempoh selama tiga (3) tahun.

Mesyuarat pertama (1) Lembaga Penasihat Arkib Negara telah diadakan pada 15hb Julai 1968 dan diPengerusikan oleh Encik Alwi Jantan yang merupakan Pengarah Arkib Negara Malaysia pada masa tersebut.

Pada Ogos 2003, Akta Arkib Negara telah dipinda dan Parlimen telah meluluskan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) yang mana fungsi Arkib Negara Malaysia telah diperluaskan oleh Akta 629 ini.
FUNGSI LEMBAGA PENASIHAT
Mengikut Bahagian III, seksyen 11 Akta Arkib Negara 2003, Arkib Negara Malaysia dikehendaki menubuhkan sebuah Lembaga Penasihat bertujuan untuk :-

  1. Menasihati Ketua Pengarah tentang apa-apa perkara yang dirujukkan oleh Ketua Pengarah kepadanya dari semasa ke semasa; dan
  2. Menasihati Ketua Pengarah tentang apa-apa perkara yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Mengikut sekyen 14 Akta Arkib Negara 2003, Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia ini hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:-

  1. Pengerusi, yang dilantik oleh Menteri;
  2. Ketua Pengarah;
  3. Tidak kurang daripada tiga (3) orang tetapi tidak lebih daripada sepuluh (10) orang anggota, yang dilantik oleh Menteri.

Mengikut seksyen 16 Akta Arkib Negara 2003, tempoh perlantikan bagi setiap ahli kecuali Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia adalah tidak melebihi 3 tahun.  Selepas tamat tempoh itu, keahlian baru perlu dilantik.  Ahli lama boleh dilantik semula sekiranya perkhidmatan masih diperlukan.

Mengikut seksyen 19 Akta Arkib Negara 2003, jika seseorang anggota selain Ketua Pengarah tidak lagi menjadi anggota Lembaga, Menteri boleh melantik orang lain bagi mengisi kekosongan itu, selama baki tempoh yang mana anggota yang mengosongkan jawatan itu telah dilantik.

SENARAI AHLI LEMBAGA PENASIHAT ARKIB NEGARA MALAYSIA
BAGI SESI 2023 - 2026

NAMA
POSISI
YBhg. Tan Sri Dato' haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom - Pengerusi
Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud
Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Perpaduan Negara
YBhg. Dato' Jaafar Sidek bin Hj Abdul Rahman
Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
YBhg. Datuk Dr. Alauddin bin Sidal
Pengarah
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Ab.Aziz
Pensyarah
Kuliyyah Undang - Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM)
YBhg. Prof. Dato' Dr. Kassim bin Thukiman
Mantan Pensyarah
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi,
Universiti Teknologi Malaysia
YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Bin Samsudin
Timbalan Pengerusi
Persatuan Sejarah Malaysia
YBrs. Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman
Pengurus Besar
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
YBrs. Puan Majella Tan Marquez
Mantan Pengarah Arkib Negeri Sabah
YBrs. Encik Mohamad Azizal bin Abd. Aziz
Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Cukai (Galakan) 1
Seksyen Dasar Galakan
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
YBrs. Puan Dayangku Horiah binti Awang Gani
Ketua Bahagian Pengurusan Arkib,
Sektor Perkhidmatan Depositori,
Pustaka Negeri Sarawak
Image