Logo Arkib Negara Malaysia

Image
Logo Arkib Negara Malaysia telah dicipta oleh Encik Sumali Bin Amat. Peraduan mencipta logo ini telah dimulakan daripada 1 Februari 1979 hingga 10 April 1979. Logo ini telah dipadankan dari bentuk dome (Moorish) yang terdapat di Bangunan Sultan Abdul Samad (dome berserta jam besar) yang melambangkan imej Malaysia.
Lambang
Keterangan
Kertas-kertas berjumlah 13 helai
Lambang bagi dokumen dan rekod-rekod negara.
Cantuman 13 helai kertas
Mewakili 13 buah negeri yang membentuk negara Malaysia yang juga membawa maksud bahawa dokumen dan rekod-rekod negara amat kaya dengan unsur-unsur sejarah yang boleh dibanggakan.
Kertas membentuk bunga berkelopak 13
Bunga menjadi lambang bahawa dokumen dan rekod-rekod negara mempunyai unsur-unsur dan nilai-nilai kebudayaan.
Bintang berbucu 13
Mewakili bintang yang terdapat di dalam bendera Malaysia, melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bucu tersebut juga ada menyerupai bentuk meterai (seal) yang digunakan di dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan.
Perkataan ARKIB NEGARA MALAYSIA
Dilambangkan sebagai pihak berkuasa Arkib Negara Malaysia sendiri yang menyimpan dan memelihara dengan baik dokumen dan rekod-rekod Kerajaan / Negara.
Lingkaran bulatan bewarna kuning
Lambang kepada pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia, jentera penggerak utama dalam pelaksanaan rancangan Kerajaan.
Rangkaian seperti gelang berwarna coklat tua (terletak di antara lingkaran bulatan berwarna kuning dan cantuman kertas-kertas)
Rangkaian agensi-agensi kerajaan
Lingkaran kecil luar (bewarna coklat tua)
Peruntukan undang-undang yang melindungi tanggungjawab Arkib Negara Malaysia dalam menyimpan dokumen dan rekod-rekod negara dengan terjamin supaya bahan-bahan ini tidak lenyap ditelan zaman.
Warna kuning
Melambangkan kebudayaan dan sejarah.
Warna coklat tua
Dipadankan dari warna tanah, sesuatu yang asal, bersesuaian dengan dokumen dan rekod negara yang mempunyai sumber yang asal.
Warna hitam
Tanda ketegasan di dalam menjalankan dasar-dasar yang telah digariskan oleh kerajaan melalui teras undang-undang Arkib Negara Malaysia supaya pemeliharaan dokumen dan rekod-rekod negara tidak diabaikan dengan sewenang-wenangnya.
Image