Sejarah Penubuhan Arkib Negara Malaysia

Garis Masa

1957

1 Disember 1957

Public Records Office ditubuhkan. Tuan Haji Mubin Sheppard dilantik sebagai Keeper of Public Records.

1957

1963

1963

Dikenali sebagai Arkib Negara Malaysia.

1966

1966

Akta Arkib Negara No.44/1996 dikuatkuasakan.

1966

1966

1966

Bangunan Arkib Negara Malaysia di Petaling Jaya dirasmikan.

1982

1982

Arkib Negara malaysia berpindah ke bangunan baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

1982

2003

2003

Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) diluluskan.

2004

2004

Arkib Negara Malaysia diletakkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

2004

2006

2006

Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah dirasmikan.

2011

2011

Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang memulakan operasi.

2011

2013

2013

Arkib Negara Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Tahun
Peristiwa
1 Disember 1957
Public Records Office ditubuhkan. Tuan Haji Mubin Sheppard dilantik sebagai Keeper of Public Records.
November 1962
Dr. F.R.J. Verhoeven, pakar arkib daripada UNESCO, menggantikan Tuan Haji Mubin Sheppard.
November 1963
Public Records Office ditukar nama kepada Arkib Negara Malaysia (ANM).
31 Ogos 1966
Akta Arkib Negara No. 44/1966 diluluskan Parlimen dan dikuatkuasakan.
5 Disember 1966
Bangunan Pusat Urusan Rekod di Petaling Jaya dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri.
20 Julai 1967
Lembaga Penasihat ANM ditubuhkan dan lima orang ahli dilantik.
11 Julai 1968
Southeast Asia Regional Branch of International Council on Archives (SARBICA) ditubuhkan. Ketua Pengarah ANM dilantik sebagai Pengerusi yang pertama dan ANM sebagai Sekretariat Tetap SARBICA.
15 Julai 1968
Mesyuarat Lembaga Penasihat ANM yang pertama diadakan.
1971
Nama ANM ditukarkan kepada Jabatan Arkib Negara dan Perpustakaan Negara.
Mei 1972
Pejabat cawangan yang pertama iaitu Cawangan Selatan ditubuhkan di Johor Bahru (kini ANM Negeri Johor).
1 Julai 1976
Pejabat Cawangan Sarawak ditubuhkan (kini ANM Negeri Sarawak).
1 Februari 1977
Pejabat Cawangan Sabah ditubuhkan (kini ANM Negeri Sabah/WP Labuan).
Jun 1977
Jabatan Perpustakaan Negara dipisahkan dan nama Jabatan Arkib Negara ditukar semula kepada ANM.
12 November 1977
Peletakan batu asas bangunan ANM di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
1978
Pejabat Cawangan Timur ditubuhkan di Kuala Terengganu (kini ANM Negeri Terengganu).
1979
Logo rasmi ANM dicipta.
1 Mac 1979
Pejabat Cawangan Utara ditubuhkan di Alor Setar (kini ANM Negeri Kedah/Perlis).
1 Januari 1980
Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS) mula bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
6 Mei 1982
Pustaka Peringatan Tun Abdul Razak (PINTAR), kini Memorial Tun Abdul Razak (MTAR) dirasmikan.
1 Disember 1982
Bangunan ANM di Jalan Duta, Kuala Lumpur dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
31 Ogos 1985
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan (MPK) di Melaka dirasmikan.
22 Mac 1986
Pustaka Peringatan P. Ramlee (PPPR) di Setapak, Kuala Lumpur dirasmikan.
13 November 1986
Pusat Perkhidmatan Rekod Negeri Pulau Pinang ditubuhkan (kini ANM Negeri Pulau Pinang).
1 Februari 1987
Pusat Perkhidmatan Rekod Negeri Kelantan ditubuhkan (kini ANM Negeri Kelantan).
13 Disember 1991
Rumah Kelahiran P. Ramlee (RKPR) dirasmikan.
20 Disember 1992
Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad (RKMM) dirasmikan.
25 Mei 1993
ANM memenangi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam melalui formula baharu Penyediaan Larutan Pengenyahan Asid.
1 Oktober 1993
Pejabat Cawangan Perak ditubuhkan (kini ANM Negeri Perak).
10 November 1994
Memorial Tunku Abdul Rahman Putra (MTARP) dirasmikan.
9 Januari 1997
Homepage ANM dilancarkan.
3 Mei 1997
Computerised Archival System and Services (COMPASS) iaitu Sistem Maklumat Bersepadu Arkib Negara dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara.
1 Disember 1998
Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS) Online dilancarkan.
1999
Bangunan Menara Ilmu mula diduduki.
27 Ogos 2002
Koleksi Surat-surat Sultan Abdul Hamid, Kedah (1882 – 1943) di ANM diterima sebagai UNESCO Memory of the World (MOW).
18 Februari 2003
Projek Pemeliharaan Rekod Elektronik Sektor Awam (e-SPARK) dimulakan.
10 Oktober 2003
Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] baharu dikuatkuasakan.
20 Disember 2003
Galeria Sri Perdana (GSP) dirasmikan.
15 Julai 2004
Pejabat ANM Cawangan Melaka ditubuhkan (kini ANM Negeri Melaka).
10 Februari 2006
Memorial Tun Hussein Onn (MTHO) dirasmikan.
5 – 6 November 2007
Konvensyen Pengurusan Rekod Peringkat Kebangsaan kali pertama diadakan.
1 Disember 2007
Sambutan Jubli Emas ANM sempena 50 tahun penubuhannya.
31 Mac 2008
Galeri Tun Ghafar Baba, kini Memorial Tun Abdul Ghafar Baba (MTAGB) diserahkan kepada ANM.
21 – 27 Julai 2008
ANM menjadi tuan rumah Kongres Majlis Arkib Antarabangsa (ICA) kali ke-16.
1 Februari 2009
Penstrukturan semula ANM.
31 Julai 2009
ANM memenangi Anugerah UNESCO Jikji Memory of the World Prize.
17 Disember 2009
Bangunan Pusat Pendokumentasian dan Pemuliharaan Bahan-Bahan Pandang Dengar siap dibina.
3 Januari 2011
Pejabat ANM Cawangan Pahang ditubuhkan (kini ANM Negeri Pahang).
31 Disember 2012
Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan pewujudan jawatan Kader Pegawai Arkib.
2012
Pelan Strategik Transformasi Pegawai Arkib dilancarkan.
2013
Peluasan profesion Pegawai Arkib di 25 kementerian.
September 2014
Aplikasi Online Finding Aid (OFA) mula digunakan di Dewan Penyelidikan ANM.
1 Jun 2016
Pelan Strategik ANM 2016 – 2020 dilancarkan.
16 Ogos 2016
Panduan Pengurusan Rekod Sektor Awam dilancarkan.
4 Disember 2017
Aplikasi Malaysian Government Web Archive (MyGWA) dilancarkan.
15 – 16 Oktober 2019
ANM menganjurkan Konvensyen Sejarah Negara 2019.
14 September 2020
Pusat Pemulihan Bencana (DRC) ANM dirasmikan.
1 Oktober 2020
Bangunan ANM Negeri Perak dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
10 November 2021
Eksplorasi Negarawan #klikdijari dilancarkan.
21 Disember 2021
Pelan Strategik ANM 2021-2025 dilancarkan.
14 November 2022
Bangunan ANM Negeri Sarawak dirasmikan.
Image