Konsultasi & Latihan

Khidmat Konsultasi

Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Arkib Negara bagi memberi khidmat nasihat kepakaran berkaitan program pengurusan rekod  yang meliputi komponen :-

  • Pengendalian surat menyurat
  • Klasifikasi fail
  • Penyimpanan dan pemeliharaan fail
  • Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod
  • Pelupusan rekod

Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod ini ditawarkan kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan/Negeri, Kerajaan Tempatan, Badan Berkanun dan Syarikat Perusahaan Kerajaan (GLC) bagi membolehkan penyediaan dan pelaksanaan dasar, peraturan, manual dan standard pengurusan rekod.

Perkhidmatan yang ditawarkan :

  • Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod

Organisasi kerajaan yang ingin mendapatkan khidmat Konsultasi pengurusan rekod tersebut boleh mengemukakan permohonan ke Seksyen Konsultasi dan Latihan, Arkib Negara Malaysia.

Latihan

Arkib Negara Malaysia menawarkan pelbagai kursus dalam bidang pengurusan rekod yang meliputi perkara-perkara mengenai prinsip, konsep dan peraturan dalam pengurusan rekod kerajaan, serta amalan di setiap peringkat pewujudan, penggunaan dan penyenggaraan serta    pelupusan rekod. Kursus yang ditawarkan ini terbuka kepada semua penjawat awam.

Bagi memastikan pengurusan rekod di peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan   senantiasa berada pada tahap terbaik dan efisien, Arkib Negara Malaysia bersedia membantu    Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan dalam menyediakan keperluan latihan dalam bidang    pengurusan rekod khas kepada pegawai dan kakitangan melalui kursus-kursus yang ditawarkan    seperti berikut:
 
Kursus Pengurusan Rekod Pegawai Rekod Jabatan (PRJ Gred 29 dan ke atas atau setaraf)

SIRI

TARIKH

LOKASI

Siri 1

5 – 7 Mac 2024

Memorial Tun Hussein Onn, KL

Siri 2

14 – 16 Mei 2024

Memorial Tun Hussein Onn, KL

Siri Lanjutan

26 – 27 Jun 2024

Memorial Tun Hussein Onn, KL

Siri 3

16 – 18 Julai 2024

Memorial Tun Hussein Onn, KL

Selain dari kursus di atas, Arkib Negara Malaysia juga turut mengendalikan Program Teknikal   Kerjasama Malaysia.

Objektif

  • Memastikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran diberikan kepada kementerian/jabatan/agensi kerajaan bagi membolehkan jabatan melaksanakan program dan aktiviti pengurusan rekod selaras dengan undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan.
  • Memastikan maklumat dan rekod kerajaan dapat diurus dengan baik dan dimanafaatkan sebagai pemangkin kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan serta sebagai asas kepada akauntabiliti dan integriti perkhidmatan kerajaan.

Kaedah Kursus / Ceramah / Taklimat

Ceramah, perbincangan, pembentangan kajian kes dan latih amal.

Tempoh Kursus / Ceramah / Taklimat

Kursus : 1 - 3 hari
Ceramah / Taklimat : Tertakluk kepada permohonan pihak panganjur

Khidmat Konsultansi Pengurusan Rekod


  • Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod di Arkib Negara
  • Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod di Jabatan bagi Jabatan/ Agensi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Selangor dan Negeri Sembilan


  • Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod di Jabatan bagi Jabatan/ Agensi di Negeri-negeri. (Borang bolehlah difakskan atau emel kepada Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri)

Cara Memohon

Kementerian / Jabatan / Agensi yang berminat hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang SKL 1 dan dimajukan kepada Urus Setia Kursus satu (1) bulan sebelum tarikh kursus / ceramah / taklimat dilaksanakan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada alamat di bawah:

Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia

Seksyen Konsultansi dan Latihan
Aras 1, Memorial Negarawan,
Kompleks Arkib Negarawam,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Urus Setia melalui talian 03-2604 0561 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image