Perpustakaan

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

  1. Buku

    Ini merupakan koleksi terbesar. Perpustakaan kini mempunyai sejumlah 12,000 naskah buku. Kebanyakannya adalah mengenai pengurusan rekod dan arkib; sejarah dan kebudayaan Malaysia; serta buku-buku rujukan am seperti kamus, istilah, ensiklopedia, buku rasmi tahunan, bibliografi, katalog dan buku panduan.

  2. Terbitan Bersiri

    Koleksi ini merangkumi jurnal dan laporan tahunan dari dalam dan luar negeri. Perpustakaan Jabatan mempunyai koleksi jurnal mengenai rekod dan arkib yang boleh dikatakan terlengkap jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain. Koleksi jurnal juga tertumpu dalam bidang sejarah seperti Journal of Straits Branch of the Royal Asiatic Society, Journal of the Indian Archipelago dan The Selangor Journal. Koleksi laporan tahunan dari institusi-institusi arkib luar negeri disusun mengikut abjad nama negara dan ditempatkan di ruangan terbitan bersiri.

  3. Tesis/Latihan Ilmiah

    Koleksi ini mengandungi tesis / latihan ilmiah di peringkat doktor falsafah, sarjana, sarjana muda, kertas-kertas kerja dan projek, esei serta kertas-kertas kajian ringkas yang disediakan hasil daripada penyelidikan di Arkib Negara Malaysia.

  4. Risalah

    Beberapa jenis risalah yang diterima oleh Perpustakaan diletakkan di ruangan terbitan bersiri. Risalah-risalah ini adalah berkaitan dengan perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti di institusi arkib luar negeri.

  5. Penerbitan Arkib Negara Malaysia

    Koleksi ini menempatkan bahan-bahan yang diterbitkan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia. Ia merangkumi buku, laporan tahunan, buletin, buku Hari Ini Dalam Sejarah, buku panduan, panducari dan juga risalah-risalah.

PERKHIDMATAN PENYALINAN

Semua bahan perpustakaan boleh dibuat penyalinan KECUALI:
  1. Tesis
  2. Bahan nadir (Bahan yang berlabel warna oren)

PINJAMAN DAN RUJUKAN

  1. Semua pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia termasuk ANM Negeri boleh meminjam bahan-bahan perpustakaan.
  2. Penyelidik yang telah berdaftar dibenarkan membuat pinjaman membuat rujukan sahaja. Pinjaman bahan tidak dibenarkan.
Image