Pinjaman Bahan Pameran

PROSEDUR PINJAMAN BAHAN / PERALATAN PAMERAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

  1. Pinjaman bahan/ peralatan pameran adalah bagi tujuan RASMI sahaja.
  2. Permohonan hendaklah di hantar secara bertulis (surat/ emel) selewatnya-lewatnya dua (2) minggu sebelum program/ aktiviti berlangsung.
  3. Sekiranya Jabatan/ Agensi ingin memilih atau mendapatkan khidmat nasihat berkenaan bahan/ peralatan pameran, pihak Jabatan/ Agensi perlu menghubungi Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan (SPAP) melalui surat atau telefon untuk menetapkan sesi temujanji.
  4. Pengangkutan dan tenaga buruh bagi pinjaman bahan/ peralatan pameran disediakan oleh pemohon sendiri.
  5. Tempoh pinjaman bahan/ peralatan pameran adalah selama LIMA (5) hari bekerja sahaja. Sekiranya melebihi tempoh pinjaman yang ditetapkan, pemohon perlu mengemukakan permohonan baru.
  6. Pemohon perlu memulangkan bahan/ peralatan yang dipinjam dalam keadaan baik, sempurna dan dalam set yang lengkap pada tarikh yang telah ditetapkan. Sila maklumkan ke pejabat SPAP dengan kadar SEGERA sekiranya tempoh pemulangan gagal untuk dipatuhi.
  7. Pengambilan/ pemulangan bahan pinjaman adalah di Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan, Tingkat 3, Bangunan PPPAV, Arkib Negara Malaysia, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50568 Kuala Lumpur.
  8. Peminjam adalah bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan bahan sepanjang tempoh pinjaman dan diwajibkan membiayai perbelanjaan untuk membaiki bahan-bahan tersebut.
  9. Pemohon adalah DILARANG SAMA SEKALI meminjamkan bahan/ peralatan yang digunakan kepada pengguna lain TANPA kebenaran pihak SPAP.

PERINGATAN

Semua hak cipta adalah terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian penerbitan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi ataupun dipindahkan dalam bentuk atau sebarang cara, sama ada dalam bentuk fizikal atau elektronik, penggambaran semula, merakam dan sebagainya, tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Arkib Negara Malaysia.

 
Borang Pinjaman Peralatan Pameran
Image