MENGENAI MAJLIS SEJARAWAN NEGARA
Sejarah Penubuhan
MSjN akan bertanggungjawab membantu kerajaan dalam mengawal selia aspek kajian, rujukan sumber, penulisan, penerbitan dan pendidikan sejarah serta advokasi berkaitan sejarah negara untuk mengekalkan kestabilan, keamanan, keharmonian dan perpaduan negara.
Peranan
MSjN berperanan sebagai badan penasihat yang menyokong kerajaan dalam menangani isu berkaitan sejarah negara serta memastikan kesahihan maklumat sejarah yang disampaikan kepada masyarakat.
Selain itu, majlis ini turut berfungsi sebagai platform perbincangan ilmiah yang menghimpunkan pakar dan penggiat sejarah bagi bertukar pandangan serta merangka pendekatan strategik dalam memperkukuh bidang sejarah negara.
MSjN juga memainkan peranan dalam mengesyorkan dasar, pendekatan dan inisiatif berkaitan pendidikan sejarah, termasuk usaha memperluaskan akses kepada sumber sejarah digital dan bahan rujukan yang berkualiti.
Di samping itu, majlis ini turut berperanan dalam memantau isu-isu sejarah yang tular di media serta menyediakan kenyataan rasmi bagi memastikan kefahaman masyarakat sentiasa berpandukan fakta yang sahih dan berautoriti.
