splask

Function

 

1. Menetapkan undang-undang,  peraturan,  dasar  dan  hala  tuju pengurusan  rekod sektor awam, pentadbiran arkib serta pengurusan Arkib Menteri dan Arkib Memorial.

 

Pengurusan Rekod

2. Membangunkan   panduan   dan   tatacara pengurusan   rekod   konvensional   dan elektronik  untuk  diguna  pakai  oleh  pejabat  awam  (kementerian,  jabatan,  agensi kerajaan, badan berkanun dan perusahaan kerajaan).

3.Memberikan  khidmat  nasihat,  bimbingan,  latihan  dan  konsultansi  kepada  pejabat awam   mengenai pewujudan,   penggunaan,   penyenggaraan,   penyimpanan   dan pelupusan rekod.

4.Menjadi Subject   Matter   Expert (SME)   bagi   pelaksanaan Digital   Document Management  System (DDMS) yang meliputi  pembangunan  Klasifikasi  Fail  (KF)  dan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) di sektor awam.

5.Melaksanakan  penilaian  dan  membenarkan  kelulusan  pelupusan  rekod  pejabat awam  bagi  tujuan  pemusnahan  atau  pemindahan  rekod  bernilai  kekal  ke  Arkib Negara Malaysia.

6.Membantu pembangunan Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) dan pelaksanaan Program  Rekod  Penting  pejabat  awam  bagi  kesinambungan  perkhidmatan  semasa dan selepas bencana atau darurat.

7.Melaksanakan pemeriksaan dan pengauditan pengurusan rekod di pejabat awam.

8.Melaksanakan  pemeriksaan  pematuhan  dan  memberi  perakuan  kepada  syarikat pembekal perkhidmatan berkaitan penyimpanan dan pemuliharaan rekod bagi tujuan pendaftaran kod bidang.

 

Pentadbiran Arkib

 

9.Mengesan,  memperoleh,  mengumpul,  menyimpan,  memelihara  dan  memulihara arkib  awam   dan  persendirian   yang  mempunyai   nilai   kebangsaan   dan   sejarah sebagai warisan khazanah negara.

10.Memberi khidmat nasihat dan bimbingan bagi program pendigitalan bahan di pejabat awam.

11.Melaksanakan  program  pendigitalan  bahan  arkib  bagi  tujuan  pemeliharaan  dan akses.

12.Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada orang awam dan pejabat awam.

13.Melaksanakan penyebaran     maklumat sejarah negara     melalui program pengembangan   dan   advokasi   bagi   membina   masyarakat   yang   berilmu   dan bermaklumat.

14.Melaksanakan   program   penyelidikan   dan   pendokumentasian   bagi   mengisi   dan melengkapkan jurang maklumat sejarah negara di Arkib Negara Malaysia.

15.Melaksanakan   kajian   penyelidikan,   pengesanan serta perolehan   bahan dan maklumat strategik dan berkepentingan negara di dalam dan luar negara.

 

Pengurusan Arkib Menteri dan Arkib Memorial

 

16.Menubuh dan menyenggara Arkib Perdana Menteri dan Negarawan.

17.Melaksanakan     pengesanan,     perolehan,     penyimpanan,     pemeliharaan     dan memperaga bahan mengenai tokoh Perdana Menteri dan Negarawan.

18.Melaksanakan   penyebaran   maklumat   mengenai   tokoh   Perdana   Menteri   dan Negarawan  melalui  program  pengembangan  dan  advokasi  bagi  memantapkan  jati diri dan pembinaan negara bangsa.

Image