News & Announcement
Perutusan Ketua Pengarah
Dato' Jaafar Sidek Bin Hj. Abdul Rahman
Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Emel:
Tel: 03 - 6209 0601 / Samb. :1601
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Arkib Inti Pati Masa dan Salam Perpaduan.
Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, Arkib Negara Malaysia (ANM) telah berjaya melepasi cabaran sepanjang tahun 2024. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja ANM kerana telah berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam memastikan visi ANM sebagai ‘Peneraju Pengurusan Rekod dan Pentadbiran Arkib yang Inklusif’ dapat dicapai. Saya mengharapkan inspirasi kejayaan dan momentum 2024 dapat diteruskan dengan lebih baik lagi pada tahun 2025.
Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN), ANM memainkan peranan yang besar untuk merealisasikan hasrat Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021 – 2030. Peranan ini disokong dengan Pelan Strategik ANM 2021 – 2025 yang seiring dengan agenda perpaduan dan integrasi nasional. Tahun 2025 mungkin merupakan tahun yang lebih mencabar dalam memastikan ANM terus berada di landasan yang betul dan selari dengan perkembangan teknologi digital kini. ANM perlu terus kekal relevan, Pelan Strategik Pendigitalan ANM telah dibangunkan dengan visi “Peneraju transformasi pengurusan rekod dan pentadbiran arkib digital yang inklusif dan bersepadu”.
Selari dengan hasrat KPN, ANM akan memastikan pentadbiran dan pengurusan sepanjang tahun 2025 lebih bersifat quantum leap dan game changer. Eksplorasi dan implementasi seperti penggunaan Artificial Intelligent (AI), Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) perlu kita lakukan. Evolusi dunia AI kini semakin pesat dan mampu untuk mengubah cara kita bekerja. ANM perlu mengambil peluang dan peranan aktif dalam mengemudi trend ini ke arah impak positif yang lebih besar dalam menyebarluas peranan ANM kepada masyarakat.
Saya juga mengharapkan dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu ini dapat mengubah landskap perkhidmatan yang lebih baik dalam kalangan warga ANM. Nilai integriti perlu diterapkan sebagai asas dalam kerangka reformasi perkhidmatan awam bagi memastikan perkhidmatan awam terus kekal relevan dan efisien. Selain itu, budaya perkongsian ilmu juga dapat memastikan peningkatan produktiviti dan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Suka juga saya ingatkan kepada semua warga supaya tidak berkerja secara “silo”, terapkan falsafah TEAM (Together Everyone Achieve More) sepanjang melaksanakan tugas. Saya percaya dengan adanya falsafah ini, segala tugasan yang dilaksanakan akan menjadi lebih mudah dan berjaya dicapai dengan lebih cemerlang.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2025 kepada seluruh warga kerja ANM dan mengharapkan semua dapat meneruskan keseronokan bekerja serta beramanah melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Saya yakin ANM akan berjaya mengukir sejarah baharu yang lebih besar pada tahun 2025 ini.
Sekian, terima kasih.

DATO' JAAFAR SIDEK BIN HJ. ABDUL RAHMAN
KETUA PENGARAH
ARKIB NEGARA MALAYSIA