splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO
KHIDMAT KONSULTASI PENGURUSAN REKOD
kkpr2.jpeg
kkpr.jpeg

Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Arkib Negara bagi memberi khidmat nasihat kepakaran berkaitan program pengurusan rekod yang meliputi komponen :-


  • Tadbir urus pengurusan rekod
  • Pengendalian surat menyurat
  • Klasifikasi Fail (KF)
  • Penyimpanan dan pemeliharaan fail
  • Bilik Registri & Bilik Rekod
  • Pelupusan rekod
  • Bencana rekod (anai-anai, kulat, banjir, kebakaran)

Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod ini ditawarkan kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan/Negeri, Kerajaan Tempatan, Badan Berkanun, Syarikat Perusahaan Kerajaan (GLC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLIC) bagi membolehkan penyediaan dan pelaksanaan dasar, peraturan, manual dan standard pengurusan rekod.

Perkhidmatan yang ditawarkan :

 

  • Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod
  • Penilaian Bencana Rekod


Pejabat Awam yang ingin mendapatkan Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod boleh mengemukakan permohonan ke Seksyen Konsultasi dan Latihan, Arkib Negara Malaysia dengan melengkapkan borang yang disediakan seperti berikut:


  • Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod di Arkib Negara
  • Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod di Jabatan bagi Jabatan/ Agensi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Selangor dan Negeri Sembilan


  • Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod di Jabatan bagi Jabatan/ Agensi di Negeri-negeri. (Borang bolehlah difakskan atau emel kepada Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri)

Permohonan juga boleh dihantar melalui surat ke alamat :

            Ketua Pengarah

            Arkib Negara Malaysia

            Jalan Tuanku Abdul Halim

            50568 Kuala Lumpur

            (u.p.: Ketua Seksyen Konsultansi dan Latihan)

Image