Konsultasi & Latihan
Khidmat Konsultasi
Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Arkib Negara bagi memberi khidmat nasihat kepakaran berkaitan program pengurusan rekod yang meliputi komponen :-
- Pengendalian surat menyurat
- Klasifikasi fail
- Penyimpanan dan pemeliharaan fail
- Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod
- Pelupusan rekod
Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod ini ditawarkan kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan/Negeri, Kerajaan Tempatan, Badan Berkanun dan Syarikat Perusahaan Kerajaan (GLC) bagi membolehkan penyediaan dan pelaksanaan dasar, peraturan, manual dan standard pengurusan rekod.
Perkhidmatan yang ditawarkan :
- Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod
Organisasi kerajaan yang ingin mendapatkan khidmat Konsultasi pengurusan rekod tersebut boleh mengemukakan permohonan ke Seksyen Konsultasi dan Latihan, Arkib Negara Malaysia.
Latihan
Arkib Negara Malaysia menawarkan pelbagai kursus dalam bidang pengurusan rekod yang meliputi perkara-perkara mengenai prinsip, konsep dan peraturan dalam pengurusan rekod kerajaan, serta amalan di setiap peringkat pewujudan, penggunaan dan penyenggaraan serta pelupusan rekod. Kursus yang ditawarkan ini terbuka kepada semua penjawat awam.
Bagi memastikan pengurusan rekod di peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan senantiasa berada pada tahap terbaik dan efisien, Arkib Negara Malaysia bersedia membantu Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan dalam menyediakan keperluan latihan dalam bidang pengurusan rekod khas kepada pegawai dan kakitangan melalui kursus-kursus yang ditawarkan seperti berikut:
Bagi memastikan pengurusan rekod di peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan senantiasa berada pada tahap terbaik dan efisien, Arkib Negara Malaysia bersedia membantu Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan dalam menyediakan keperluan latihan dalam bidang pengurusan rekod khas kepada pegawai dan kakitangan melalui kursus-kursus yang ditawarkan seperti berikut:
Kursus Pengurusan Rekod Pegawai Rekod Jabatan (PRJ Gred 29 dan ke atas atau setaraf)
SIRI |
TARIKH |
LOKASI |
---|---|---|
Siri 1 |
17 – 19 Februari 2025 |
Memorial Tun Hussein Onn, KL |
Siri 2 |
6 – 8 Mei 2025 |
Memorial Tun Hussein Onn, KL |
Siri 3 |
15 – 17 Julai 2025 |
Memorial Tun Hussein Onn, KL |
Siri Lanjutan |
27 – 28 Ogos 2025 |
Memorial Tun Hussein Onn, KL |
Kursus Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ Gred 1 - 28 atau setaraf)
Bengkel Pemuliharaan Rekod (Awet dan Jilid)
Bengkel Pemuliharaan Rekod (Selepas Bencana)
Selain dari kursus di atas, Arkib Negara Malaysia juga turut mengendalikan Program Teknikal Kerjasama Malaysia.
Objektif
- Memastikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran diberikan kepada kementerian/jabatan/agensi kerajaan bagi membolehkan jabatan melaksanakan program dan aktiviti pengurusan rekod selaras dengan undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan.
- Memastikan maklumat dan rekod kerajaan dapat diurus dengan baik dan dimanafaatkan sebagai pemangkin kepada peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan serta sebagai asas kepada akauntabiliti dan integriti perkhidmatan kerajaan.
Kaedah Kursus / Ceramah / Taklimat
Ceramah, perbincangan, pembentangan kajian kes dan latih amal.
Tempoh Kursus / Ceramah / Taklimat
Kursus : 1 - 3 hari
Ceramah / Taklimat : Tertakluk kepada permohonan pihak panganjur
Ceramah / Taklimat : Tertakluk kepada permohonan pihak panganjur
Khidmat Konsultansi Pengurusan Rekod
- Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod di Arkib Negara
- Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod di Jabatan bagi Jabatan/ Agensi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Selangor dan Negeri Sembilan
- Khidmat Konsultasi Pengurusan Rekod di Jabatan bagi Jabatan/ Agensi di Negeri-negeri. (Borang bolehlah difakskan atau emel kepada Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri)
Cara Memohon
Kementerian / Jabatan / Agensi yang berminat hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang SKL 1 dan dimajukan kepada Urus Setia Kursus satu (1) bulan sebelum tarikh kursus / ceramah / taklimat dilaksanakan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada alamat di bawah:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Seksyen Konsultansi dan Latihan
Aras 1, Memorial Negarawan,
Kompleks Arkib Negarawam,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Urus Setia melalui talian 03-2604 0561 atau emel Arkib Negara Malaysia
Seksyen Konsultansi dan Latihan
Aras 1, Memorial Negarawan,
Kompleks Arkib Negarawam,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur