Berita & Pengumuman
Logo Arkib Negara Malaysia
Logo Arkib Negara Malaysia telah dicipta oleh Encik Sumali Bin Amat. Peraduan mencipta logo ini telah dimulakan daripada 1 Februari 1979 hingga 10 April 1979. Logo ini telah dipadankan dari bentuk dome (Moorish) yang terdapat di Bangunan Sultan Abdul Samad (dome berserta jam besar) yang melambangkan imej Malaysia.
Lambang | Keterangan |
---|---|
Kertas-kertas berjumlah 13 helai | Lambang bagi dokumen dan rekod-rekod negara. |
Cantuman 13 helai kertas | Mewakili 13 buah negeri yang membentuk negara Malaysia yang juga membawa maksud bahawa dokumen dan rekod-rekod negara amat kaya dengan unsur-unsur sejarah yang boleh dibanggakan. |
Kertas membentuk bunga berkelopak 13 | Bunga menjadi lambang bahawa dokumen dan rekod-rekod negara mempunyai unsur-unsur dan nilai-nilai kebudayaan. |
Bintang berbucu 13 | Mewakili bintang yang terdapat di dalam bendera Malaysia, melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bucu tersebut juga ada menyerupai bentuk meterai (seal) yang digunakan di dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan. |
Perkataan ARKIB NEGARA MALAYSIA | Dilambangkan sebagai pihak berkuasa Arkib Negara Malaysia sendiri yang menyimpan dan memelihara dengan baik dokumen dan rekod-rekod Kerajaan / Negara. |
Lingkaran bulatan bewarna kuning | Lambang kepada pegawai dan kakitangan Arkib Negara Malaysia, jentera penggerak utama dalam pelaksanaan rancangan Kerajaan. |
Rangkaian seperti gelang berwarna coklat tua (terletak di antara lingkaran bulatan berwarna kuning dan cantuman kertas-kertas) | Rangkaian agensi-agensi kerajaan |
Lingkaran kecil luar (bewarna coklat tua) | Peruntukan undang-undang yang melindungi tanggungjawab Arkib Negara Malaysia dalam menyimpan dokumen dan rekod-rekod negara dengan terjamin supaya bahan-bahan ini tidak lenyap ditelan zaman. |
Warna kuning | Melambangkan kebudayaan dan sejarah. |
Warna coklat tua | Dipadankan dari warna tanah, sesuatu yang asal, bersesuaian dengan dokumen dan rekod negara yang mempunyai sumber yang asal. |
Warna hitam | Tanda ketegasan di dalam menjalankan dasar-dasar yang telah digariskan oleh kerajaan melalui teras undang-undang Arkib Negara Malaysia supaya pemeliharaan dokumen dan rekod-rekod negara tidak diabaikan dengan sewenang-wenangnya. |