Berita & Pengumuman
Sejarah Penubuhan Arkib Negara Malaysia
Garis Masa
1957
1 Disember 1957
Public Records Office ditubuhkan. Tuan Haji Mubin Sheppard dilantik sebagai Keeper of Public Records.
1957
1963
1963
Dikenali sebagai Arkib Negara Malaysia.
1966
1966
Akta Arkib Negara No.44/1996 dikuatkuasakan.
1966
1966
1966
Bangunan Arkib Negara Malaysia di Petaling Jaya dirasmikan.
1982
1982
Arkib Negara malaysia berpindah ke bangunan baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
1982
2003
2003
Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) diluluskan.
2004
2004
Arkib Negara Malaysia diletakkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
2004
2006
2006
Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah dirasmikan.
2011
2011
Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang memulakan operasi.
2011
2013
2013
Arkib Negara Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Tahun | Peristiwa |
---|---|
1 Disember 1957 | Public Records Office ditubuhkan. Tuan Haji Mubin Sheppard dilantik sebagai Keeper of Public Records. |
November 1962 | Dr. F.R.J. Verhoeven, pakar arkib daripada UNESCO, menggantikan Tuan Haji Mubin Sheppard. |
November 1963 | Public Records Office ditukar nama kepada Arkib Negara Malaysia (ANM). |
31 Ogos 1966 | Akta Arkib Negara No. 44/1966 diluluskan Parlimen dan dikuatkuasakan. |
5 Disember 1966 | Bangunan Pusat Urusan Rekod di Petaling Jaya dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri. |
20 Julai 1967 | Lembaga Penasihat ANM ditubuhkan dan lima orang ahli dilantik. |
11 Julai 1968 | Southeast Asia Regional Branch of International Council on Archives (SARBICA) ditubuhkan. Ketua Pengarah ANM dilantik sebagai Pengerusi yang pertama dan ANM sebagai Sekretariat Tetap SARBICA. |
15 Julai 1968 | Mesyuarat Lembaga Penasihat ANM yang pertama diadakan. |
1971 | Nama ANM ditukarkan kepada Jabatan Arkib Negara dan Perpustakaan Negara. |
Mei 1972 | Pejabat cawangan yang pertama iaitu Cawangan Selatan ditubuhkan di Johor Bahru (kini ANM Negeri Johor). |
1 Julai 1976 | Pejabat Cawangan Sarawak ditubuhkan (kini ANM Negeri Sarawak). |
1 Februari 1977 | Pejabat Cawangan Sabah ditubuhkan (kini ANM Negeri Sabah/WP Labuan). |
Jun 1977 | Jabatan Perpustakaan Negara dipisahkan dan nama Jabatan Arkib Negara ditukar semula kepada ANM. |
12 November 1977 | Peletakan batu asas bangunan ANM di Jalan Duta, Kuala Lumpur. |
1978 | Pejabat Cawangan Timur ditubuhkan di Kuala Terengganu (kini ANM Negeri Terengganu). |
1979 | Logo rasmi ANM dicipta. |
1 Mac 1979 | Pejabat Cawangan Utara ditubuhkan di Alor Setar (kini ANM Negeri Kedah/Perlis). |
1 Januari 1980 | Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS) mula bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM). |
6 Mei 1982 | Pustaka Peringatan Tun Abdul Razak (PINTAR), kini Memorial Tun Abdul Razak (MTAR) dirasmikan. |
1 Disember 1982 | Bangunan ANM di Jalan Duta, Kuala Lumpur dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. |
31 Ogos 1985 | Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan (MPK) di Melaka dirasmikan. |
22 Mac 1986 | Pustaka Peringatan P. Ramlee (PPPR) di Setapak, Kuala Lumpur dirasmikan. |
13 November 1986 | Pusat Perkhidmatan Rekod Negeri Pulau Pinang ditubuhkan (kini ANM Negeri Pulau Pinang). |
1 Februari 1987 | Pusat Perkhidmatan Rekod Negeri Kelantan ditubuhkan (kini ANM Negeri Kelantan). |
13 Disember 1991 | Rumah Kelahiran P. Ramlee (RKPR) dirasmikan. |
20 Disember 1992 | Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad (RKMM) dirasmikan. |
25 Mei 1993 | ANM memenangi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam melalui formula baharu Penyediaan Larutan Pengenyahan Asid. |
1 Oktober 1993 | Pejabat Cawangan Perak ditubuhkan (kini ANM Negeri Perak). |
10 November 1994 | Memorial Tunku Abdul Rahman Putra (MTARP) dirasmikan. |
9 Januari 1997 | Homepage ANM dilancarkan. |
3 Mei 1997 | Computerised Archival System and Services (COMPASS) iaitu Sistem Maklumat Bersepadu Arkib Negara dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara. |
1 Disember 1998 | Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS) Online dilancarkan. |
1999 | Bangunan Menara Ilmu mula diduduki. |
27 Ogos 2002 | Koleksi Surat-surat Sultan Abdul Hamid, Kedah (1882 – 1943) di ANM diterima sebagai UNESCO Memory of the World (MOW). |
18 Februari 2003 | Projek Pemeliharaan Rekod Elektronik Sektor Awam (e-SPARK) dimulakan. |
10 Oktober 2003 | Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] baharu dikuatkuasakan. |
20 Disember 2003 | Galeria Sri Perdana (GSP) dirasmikan. |
15 Julai 2004 | Pejabat ANM Cawangan Melaka ditubuhkan (kini ANM Negeri Melaka). |
10 Februari 2006 | Memorial Tun Hussein Onn (MTHO) dirasmikan. |
5 – 6 November 2007 | Konvensyen Pengurusan Rekod Peringkat Kebangsaan kali pertama diadakan. |
1 Disember 2007 | Sambutan Jubli Emas ANM sempena 50 tahun penubuhannya. |
31 Mac 2008 | Galeri Tun Ghafar Baba, kini Memorial Tun Abdul Ghafar Baba (MTAGB) diserahkan kepada ANM. |
21 – 27 Julai 2008 | ANM menjadi tuan rumah Kongres Majlis Arkib Antarabangsa (ICA) kali ke-16. |
1 Februari 2009 | Penstrukturan semula ANM. |
31 Julai 2009 | ANM memenangi Anugerah UNESCO Jikji Memory of the World Prize. |
17 Disember 2009 | Bangunan Pusat Pendokumentasian dan Pemuliharaan Bahan-Bahan Pandang Dengar siap dibina. |
3 Januari 2011 | Pejabat ANM Cawangan Pahang ditubuhkan (kini ANM Negeri Pahang). |
31 Disember 2012 | Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan pewujudan jawatan Kader Pegawai Arkib. |
2012 | Pelan Strategik Transformasi Pegawai Arkib dilancarkan. |
2013 | Peluasan profesion Pegawai Arkib di 25 kementerian. |
September 2014 | Aplikasi Online Finding Aid (OFA) mula digunakan di Dewan Penyelidikan ANM. |
1 Jun 2016 | Pelan Strategik ANM 2016 – 2020 dilancarkan. |
16 Ogos 2016 | Panduan Pengurusan Rekod Sektor Awam dilancarkan. |
4 Disember 2017 | Aplikasi Malaysian Government Web Archive (MyGWA) dilancarkan. |
15 – 16 Oktober 2019 | ANM menganjurkan Konvensyen Sejarah Negara 2019. |
14 September 2020 | Pusat Pemulihan Bencana (DRC) ANM dirasmikan. |
1 Oktober 2020 | Bangunan ANM Negeri Perak dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. |
10 November 2021 | Eksplorasi Negarawan #klikdijari dilancarkan. |
21 Disember 2021 | Pelan Strategik ANM 2021-2025 dilancarkan. |
14 November 2022 | Bangunan ANM Negeri Sarawak dirasmikan. |