Berita & Pengumuman
Lembaga Penasihat
LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 20hb Julai 1967 selaras dengan peruntukan Akta Arkib Negara No.44/1966 yang pada masa itu dikenali sebagai undang-undang Arkib Negara 1966 yang bertanggungjawab " Untuk menasihatkan Pengarah dalam menyelenggarakan tugas-tugasnya di bawah undang-undang ini, satu Lembaga Penasihat mengandungi Pengarah itu sebagai Pengerusi dan lima orang ahli lain hendaklah dilantik oleh Menteri ". Seramai lima orang ahli telah dilantik oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada masa tersebut, selaku Menteri berkenaan untuk tempoh selama tiga (3) tahun.
Mesyuarat pertama (1) Lembaga Penasihat Arkib Negara telah diadakan pada 15hb Julai 1968 dan diPengerusikan oleh Encik Alwi Jantan yang merupakan Pengarah Arkib Negara Malaysia pada masa tersebut.
Pada Ogos 2003, Akta Arkib Negara telah dipinda dan Parlimen telah meluluskan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) yang mana fungsi Arkib Negara Malaysia telah diperluaskan oleh Akta 629 ini.

FUNGSI LEMBAGA PENASIHAT
Mengikut Bahagian III, seksyen 11 Akta Arkib Negara 2003, Arkib Negara Malaysia dikehendaki menubuhkan sebuah Lembaga Penasihat bertujuan untuk :-
Mengikut sekyen 14 Akta Arkib Negara 2003, Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia ini hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:-
Mengikut seksyen 16 Akta Arkib Negara 2003, tempoh perlantikan bagi setiap ahli kecuali Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia adalah tidak melebihi 3 tahun. Selepas tamat tempoh itu, keahlian baru perlu dilantik. Ahli lama boleh dilantik semula sekiranya perkhidmatan masih diperlukan.
Mengikut seksyen 19 Akta Arkib Negara 2003, jika seseorang anggota selain Ketua Pengarah tidak lagi menjadi anggota Lembaga, Menteri boleh melantik orang lain bagi mengisi kekosongan itu, selama baki tempoh yang mana anggota yang mengosongkan jawatan itu telah dilantik.
- Menasihati Ketua Pengarah tentang apa-apa perkara yang dirujukkan oleh Ketua Pengarah kepadanya dari semasa ke semasa; dan
- Menasihati Ketua Pengarah tentang apa-apa perkara yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Mengikut sekyen 14 Akta Arkib Negara 2003, Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia ini hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:-
- Pengerusi, yang dilantik oleh Menteri;
- Ketua Pengarah;
- Tidak kurang daripada tiga (3) orang tetapi tidak lebih daripada sepuluh (10) orang anggota, yang dilantik oleh Menteri.
Mengikut seksyen 16 Akta Arkib Negara 2003, tempoh perlantikan bagi setiap ahli kecuali Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia adalah tidak melebihi 3 tahun. Selepas tamat tempoh itu, keahlian baru perlu dilantik. Ahli lama boleh dilantik semula sekiranya perkhidmatan masih diperlukan.
Mengikut seksyen 19 Akta Arkib Negara 2003, jika seseorang anggota selain Ketua Pengarah tidak lagi menjadi anggota Lembaga, Menteri boleh melantik orang lain bagi mengisi kekosongan itu, selama baki tempoh yang mana anggota yang mengosongkan jawatan itu telah dilantik.
AHLI LEMBAGA PENASIHAT ARKIB NEGARA MALAYSIA
SESI 3 OGOS 2026 HINGGA 31 JULAI 2029
PENGERUSI

YBhg. Datuk Azemi bin Abdul AzizMantan Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Arkib Negara Malaysia
AHLI

YBhg. Dato' Haslina binti Abdul HamidKetua Setiausaha
Kementerian Perpaduan Negara
Kementerian Perpaduan Negara

YBrs. Tuan Haji Zaidin bin Mohd NoorKetua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Arkib Negara Malaysia

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Kassim bin ThukimanAhli Penasihat
Jumaah Majlis Diraja Johor
Jabatan Diraja Johor
Jumaah Majlis Diraja Johor
Jabatan Diraja Johor

YBrs. Prof. Dr. Azman bin Mat IsaProfesor
Fakulti Sains Maklumat
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Fakulti Sains Maklumat
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

YBrs. Prof. Dr. Mohd bin SamsudinTimbalan Pengerusi
Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia
Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia

YBrs. Prof. Dr. Poline BalaPengarah
Institut Pengajian Asia Borneo (IBS)
Universiti Malaysia Sarawak
Institut Pengajian Asia Borneo (IBS)
Universiti Malaysia Sarawak

YBrs. Prof. Dr. Huzili bin HussinTimbalan Naib Canselor
Akademik dan Antarabangsa
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Akademik dan Antarabangsa
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

YBrs. Dr. Dayangku Horiah binti Awang GaniKetua Sektor Pengurusan Arkib
Sektor Perkhidmatan Depositori
Pustaka Negeri Sarawak
Sektor Perkhidmatan Depositori
Pustaka Negeri Sarawak

YBrs. Encik Henry ClementTimbalan Pengarah 1
Ketua Bahagian Perolehan
Jabatan Arkib Negeri Sabah
Ketua Bahagian Perolehan
Jabatan Arkib Negeri Sabah

YBrs. Puan Nurulzuhrah binti Mohd JamidKetua Seksyen Bahagian Cukai
Dasar Percukaian Antarabangsa II
Kementerian Kewangan Malaysia
Dasar Percukaian Antarabangsa II
Kementerian Kewangan Malaysia