Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk;
-
- Memastikan permohonan perkhidmatan konsultansi pengurusan rekod akan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
-
Memaklumkan status permohonan kursus pengurusan atau pemeliharaan rekod dalam tempoh 2 minggu sebelum kursus dijalankan.
-
Memberi kebenaran pelupusan rekod konvensional yang TIDAK dinyatakan dalam Jadual Pelupusan Rekod (JPR) dalam tempoh 6 bulan dan bagi rekod elektronik dalam tempoh 3 bulan, dari tarikh permohonan lengkap diterima.
-
Memberi kebenaran pelupusan rekod konvensional dan elektronik yang dinyatakan dalam Jadual Pelupusan Rekod, dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
-
Menghasilkan Jadual Pelupusan Rekod Fungsian Jabatan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Bengkel Jadual Pelupusan Rekod diadakan.
-
Memperakui penerimaan rekod awam dalam tempoh 3 hari bekerja selepas rekod dipindahkan.
-
Memastikan bahan rujukan dapat disediakan dalam tempoh 1 jam kepada penyelidik dengan syarat maklumat yang diberikan tepat dan lengkap serta dalam media yang dibenarkan.
Memastikan permohonan pinjaman Jabatan diurus dalam tempoh 5 hari bekerja dengan syarat maklumat yang diberikan tepat dan lengkap. -
Memberi jawapan kepada pertanyaan dan aduan pelanggan dengan menepati tempoh berikut:
ii. Maklum balas dalam tempoh 14 hari bekerja.
i. Akuan penerimaan dalam masa 3 hari bekerja. -
Memberi keputusan permohonan lawatan berpandu ke Arkib Negara / Memorial / Galeria / Pustaka dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.