Fungsi
1. Menetapkan undang-undang, peraturan, dasar dan hala tuju pengurusan rekod sektor awam, pentadbiran arkib serta pengurusan Arkib Menteri dan Arkib Memorial.
Pengurusan Rekod
2. Membangunkan panduan dan tatacara pengurusan rekod konvensional dan elektronik untuk diguna pakai oleh pejabat awam (kementerian, jabatan, agensi kerajaan, badan berkanun dan perusahaan kerajaan).
3.Memberikan khidmat nasihat, bimbingan, latihan dan konsultansi kepada pejabat awam mengenai pewujudan, penggunaan, penyenggaraan, penyimpanan dan pelupusan rekod.
4.Menjadi Subject Matter Expert (SME) bagi pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) yang meliputi pembangunan Klasifikasi Fail (KF) dan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) di sektor awam.
5.Melaksanakan penilaian dan membenarkan kelulusan pelupusan rekod pejabat awam bagi tujuan pemusnahan atau pemindahan rekod bernilai kekal ke Arkib Negara Malaysia.
6.Membantu pembangunan Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) dan pelaksanaan Program Rekod Penting pejabat awam bagi kesinambungan perkhidmatan semasa dan selepas bencana atau darurat.
7.Melaksanakan pemeriksaan dan pengauditan pengurusan rekod di pejabat awam.
8.Melaksanakan pemeriksaan pematuhan dan memberi perakuan kepada syarikat pembekal perkhidmatan berkaitan penyimpanan dan pemuliharaan rekod bagi tujuan pendaftaran kod bidang.
Pentadbiran Arkib
9.Mengesan, memperoleh, mengumpul, menyimpan, memelihara dan memulihara arkib awam dan persendirian yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah negara.
10.Memberi khidmat nasihat dan bimbingan bagi program pendigitalan bahan di pejabat awam.
11.Melaksanakan program pendigitalan bahan arkib bagi tujuan pemeliharaan dan akses.
12.Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada orang awam dan pejabat awam.
13.Melaksanakan penyebaran maklumat sejarah negara melalui program pengembangan dan advokasi bagi membina masyarakat yang berilmu dan bermaklumat.
14.Melaksanakan program penyelidikan dan pendokumentasian bagi mengisi dan melengkapkan jurang maklumat sejarah negara di Arkib Negara Malaysia.
15.Melaksanakan kajian penyelidikan, pengesanan serta perolehan bahan dan maklumat strategik dan berkepentingan negara di dalam dan luar negara.
Pengurusan Arkib Menteri dan Arkib Memorial
16.Menubuh dan menyenggara Arkib Perdana Menteri dan Negarawan.
17.Melaksanakan pengesanan, perolehan, penyimpanan, pemeliharaan dan memperaga bahan mengenai tokoh Perdana Menteri dan Negarawan.
18.Melaksanakan penyebaran maklumat mengenai tokoh Perdana Menteri dan Negarawan melalui program pengembangan dan advokasi bagi memantapkan jati diri dan pembinaan negara bangsa.