KURSUS PEGAWAI REKOD JABATAN (PRJ) DAN PEMBANTU TADBIR REKOD JABATAN (PTRJ)
Setiap Pejabat Awam diwajibkan melantik Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) selaras Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2007. PRJ bertindak sebagai penghubung dengan Arkib Negara Malaysia (ANM) dan memastikan rekod diurus secara bersistematik, berintegriti dan akauntabel. Ketua Pejabat Awam boleh melantik Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) untuk membantu PRJ melaksanakan pengurusan rekod dengan lebih berkesan.
PRJ dan PTRJ dikehendaki mengikuti Kursus Pengurusan Rekod anjuran Arkib Negara Malaysia (ANM), dan sijil pelantikan akan dikeluarkan sebagai pengesahan rasmi pelantikan.
- Mengenal pasti konsep dan perundangan pengurusan rekod mengikut Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629];
- Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia; dan
- Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.
Arkib Negara Malaysia
Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(u.p.: Ketua Seksyen Konsultansi dan Latihan)
|
BIL. |
KURSUS |
TARIKH |
LOKASI |
TARIKH TUTUP |
|---|---|---|---|---|
|
1 |
Kursus Asas Pengurusan Rekod Konvensional dan Elektronik PRJ Siri 1 |
10 – 12 Februari 2026 |
Memorial Tun Hussein Onn, KL |
21 Januari 2026 |
|
2 |
Kursus Asas Pengurusan Rekod Konvensional dan Elektronik PRJ Siri 2 |
19 – 21 Mei 2026 |
Memorial Tun Hussein Onn, KL |
21 April 2026 |
|
3 |
Kursus Asas Pengurusan Rekod Konvensional dan Elektronik PRJ Siri 3 |
14 – 16 Julai 2026 |
Memorial Tun Hussein Onn, KL |
24 Jun 2026 |
|
4 |
Kursus Lanjutan Pengurusan Rekod PRJ |
9 – 10 September 2026 |
Memorial Tun Hussein Onn, KL |
26 Ogos 2026 |
KURSUS DAN BENGKEL PENTADBIRAN ARKIB UNTUK PEJABAT AWAM
Kursus dan Bengkel Pentadbiran Arkib dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pejabat Awam dalam pengurusan, pemeliharaan dan pentadbiran rekod selaras dengan peraturan dan amalan terbaik. Antara bengkel yang ditawarkan adalah Bengkel Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana, bagi melatih pegawai menyelamat dan memulihkan rekod terjejas akibat bencana, serta Bengkel Pemuliharaan Rekod (Awet dan Jilid), yang menumpukan teknik awetan dan penjilidan rekod bagi memastikan ketahanan rekod jangka panjang.
Bengkel ini memberi tumpuan khusus kepada pemulihan rekod yang terjejas akibat bencana seperti banjir, kebakaran atau kerosakan fizikal lain. Peserta akan didedahkan dengan kaedah asas penyelamatan, pengeringan, pembersihan dan penyusunan semula rekod bagi memastikan rekod penting dapat dipulihkan dan dikekalkan integritinya. Latihan praktikal ini bertujuan membolehkan pegawai bertindak cepat dan cekap dalam menangani rekod yang terjejas semasa atau selepas bencana.
- Memahami pemeliharaan rekod adalah bermula di Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan;
- Mengetahui secara asas tentang konsep dan kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan;
- Memelihara dan memulihara rekod-rekod di kementerian / jabatan / agensi kerajaan sekurang-kurangnya secara minima selaras dengan Panduan Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat Versi 10 (2022) Bahagian VIII.
Arkib Negara Malaysia
Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(u.p.: Ketua Seksyen Konsultansi dan Latihan)
|
BIL. |
KURSUS |
TARIKH |
LOKASI |
TARIKH TUTUP |
|---|---|---|---|---|
|
1. |
Bengkel Pemuliharaan Rekod (Selepas Bencana) Siri 1 |
13 – 14 April 2026 |
Dewan Tun Rahah, |
27 Mac 2026 |
|
2. |
Bengkel Pemuliharaan Rekod (Selepas Bencana) Siri 2 |
22 – 23 Jun 2026 |
Dewan Tun Rahah, |
5 Jun 2026 |
|
3. |
Bengkel Pemuliharaan Rekod (Selepas Bencana) Siri 3 |
26 – 27 Ogos 2026 |
Dewan Tun Rahah, |
10 Ogos 2026 |
KURSUS/ CERAMAH/ TAKLIMAT PENGURUSAN REKOD
Bagi memastikan pengurusan, pemeliharaan dan pentadbiran arkib di Pejabat Awam dijalankan secara cekap dan berkesan, Arkib Negara Malaysia menyediakan khidmat penceramah bagi Pejabat Awam yang ingin menganjurkan kursus, bengkel, ceramah atau taklimat berkaitan pengurusan dan pentadbiran rekod.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman pegawai dalam mentadbir, memelihara dan mengurus rekod mengikut peraturan serta amalan terbaik. Latihan ini juga menyokong keberkesanan pengurusan rekod dan pentadbiran arkib di semua Pejabat Awam.
Arkib Negara Malaysia
Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(u.p.: Ketua Seksyen Konsultansi dan Latihan)
Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh mengenai kitar hayat rekod iaitu pewujudan, penggunaan, penggunaan dan penyenggaraan dan pelupusan rekod. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam mengurus rekod secara sistematik dan mengikut amalan terbaik.
