splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Perutusan Ketua Pengarah

Image

YBrs. Tuan Haji Zaidin Bin Mohd Noor

Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia


Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tel: 03 - 6209 0601 / Samb. :1601

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera,

Salam Perpaduan dan

Salam Arkib Inti Pati Masa.

 

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita melangkah ke tahun baharu dengan semangat dan tekad yang baharu. Tahun 2025 telah menjadi tahun yang cemerlang bagi Arkib Negara Malaysia (ANM). ANM telah berjaya memperkukuh pengurusan rekod dan pentadbiran arkib serta melaksanakan program dan aktiviti sejajar dengan visi ANM ‘Peneraju Pengurusan Rekod dan Pentadbiran Arkib yang Inklusif’. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ANM atas dedikasi dan komitmen yang telah membawa kepada kejayaan ini. Kejayaan ini merupakan usaha bersama seluruh warga Arkib. Sejajar dengan hala tuju Kementerian Perpaduan Negara, ANM memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesepaduan sosial melalui pemeliharaan dan penyampaian maklumat warisan sejarah negara. Bahan arkib menjadi medium penyatuan, membina kefahaman bersama serta menyemai semangat kebersamaan dalam masyarakat di negara ini. ANM akan terus memupuk perpaduan, kefahaman dan kesepaduan sosial melalui bahan arkib yang sahih, inklusif dan bernilai rujukan. Ini adalah amanah dan tanggungjawab kita bersama.

Saya menyeru seluruh warga ANM untuk terus mengekalkan profesionalisme, sentiasa berinovasi dalam penyampaian perkhidmatan dan pemodenan sistem, menjadi pemangkin perpaduan melalui bahan arkib serta memperkukuh kebersamaan pasukan dengan menyokong rakan sekerja dan menjadikan setiap sumbangan sebagai bukti dukungan kepada kecemerlangan organisasi sepanjang tahun 2026. Sumbangan setiap individu adalah penting dalam memastikan bahawa sejarah negara tidak hanya disimpan, tetapi juga dibaca, difahami dan dihargai oleh semua lapisan masyarakat.

Dalam mendukung aspirasi Kerajaan MADANI dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), ANM perlu terus bergerak sebagai organisasi yang berprestasi tinggi dengan menitikberatkan tadbir urus yang baik, berintegriti, berakauntabiliti dan cekap serta memenuhi kehendak pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan.

Melangkah ke tahun baharu ini, ANM perlu memperkukuh kesiapsiagaan organisasi dalam menghadapi cabaran pendigitalan, transformasi teknologi, dan peningkatan produktiviti. Penerapan AI selaras Pelan Digital Negara akan meningkatkan kecekapan pengurusan data raya, carian maklumat, dan keselamatan rekod. Pembangunan kompetensi warga kerja adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan ANM kekal relevan, berdaya saing, dan terus menjadi institusi rujukan utama negara dalam pengurusan rekod dan pentadbiran arkib dalam era digital.

Saya yakin dengan semangat dan komitmen yang tinggi secara kolektif, ANM akan menjadi sebuah institusi kearkiban negara yang unggul dan progresif. Akhir kata, marilah kita melangkah ke tahun baharu ini dengan semangat serta tekad yang padu dalam memastikan ANM terus berperanan sebagai pemelihara khazanah negara dan institusi rujukan yang unggul. Selamat menyambut tahun baharu 2026 kepada seluruh warga kerja ANM serta semoga sentiasa berada didalam Rahmat-Nya.

 

Sekian, terima kasih.

 

TUAN HAJI ZAIDIN BIN MOHD NOOR

KETUA PENGARAH

ARKIB NEGARA MALAYSIA

Image