Berita & Pengumuman
Peraturan Dewan Penyelidikan

- Hanya kakitangan Arkib Negara dan penyelidik berdaftar yang mempunyai Kad Pendaftaran yang sah dibenarkan masuk ke Dewan penyelidikan.
 - Semua beg, kampit, fail dan seumpamanya tidak dibenarkan dibawa masuk ke Dewan. Anda boleh menyimpannya didalam 'locker' berhampiran Kaunter I, Tingkat 1, Unit Penyelidikan.(Sila dapatkan kunci dari Pegawai Petugas).
 - Ketika membuat penyelidikan anda dikehendaki memakai pakaian sopan.
 - Gunakan pensel sahaja untuk meminta bahan atau membuat sebarang catatan.
 - Permintaan bahan hendaklah dibuat dalam tiga (3) salinan melalui Borang Permintaan yang disediakan.
 - Bahan-bahan arkib hendaklah digunakan dengan cermat dan teliti. Lampiran-lampiran didalamnya tidak boleh dikeluarkan atau ditambahkan.
 - Hanya lima (5) item secara manual dan sepuluh (10) item secara sistem COMPASS dibenarkan pada satu-satu masa.
 - Jangan ditulis atau ditanda pada bahan-bahan yang anda gunakan.
 - Rujukan kepada bahan arkib hanyalah di Dewan Penyelidikan.
 - Permintaan penyalinan bahan-bahan hendaklah dibuat melalui Borang-borang Pesanan yang disediakan.
 - 2. Anda dikehendaki membayar kos penyalinan bahan seperti yang telah ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Arkib Negara (Fi) 2015.
 - Anda hendaklah menyerah kembali bahan-bahan yang digunakan bersama Borang Permintaan ke Kaunter.
 - Anda bertanggungjawab terhadap keselamatan bahan tersebut semasa anda menggunakannya
 - Anda tidak dibenarkan merokok, makan, minum dan berbual-bual ketika membuat penyelidikan.
 - Sebarang masalah yang timbul ketika anda menjalankan penyelidikan bolehlah dikemukakan kepada Pegawai Petugas.
 - Bahan arkib boleh direzab untuk jangkamasa tiga (3) hari sahaja dan mesti disertai dengan borang rezab. Bahan-bahan ini boleh diminta semula di Kaunter.
 - Kad Pendaftaran Penyelidik anda boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja jika didapati anda telah melanggar Akta Arkib Negara 629 pindaan 2003 Peraturan dan Kemudahan Rujukan 1974.
 - Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit.
 - Tidak dibenarkan membawa kamera.
 - Tidak dibenarkan membawa beg / tas tangan wanita / "briefcase"
 - Tidak dibenarkan membawa topi kaledar.
 - Tidak dibenarkan membawa fail / "folder" / bahan bercetak atau fotostat.
 - Tidak dibenarkan makan dan minum.
 - Tidak dibenarkan menggunakan pen, hanya PENSIL sahaja yang dibenarkan.
 - Dilarang merokok.
 
				
                                                                    
                                                                    