splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

PROGRAM SAHABAT ARKIB

Program Sahabat Arkib merupakan inisiatif Arkib Negara Malaysia bagi memperluaskan kesedaran, advokasi serta penglibatan masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan warisan dokumentari negara.


Penyertaan adalah terbuka kepada individu berumur 13 tahun dan ke atas daripada pelbagai latar belakang yang berminat dalam bidang sejarah dan warisan.


Ahli Sahabat Arkib berpeluang menyumbang secara langsung dalam usaha pemeliharaan warisan negara, di samping memperoleh latihan, pengetahuan, pengalaman serta jaringan kerjasama. Ahli juga akan menerima pengiktirafan dalam bentuk sijil penyertaan.


Orang awam yang berminat adalah dialu-alukan untuk menyertai program ini dengan mengemukakan permohonan melalui imbasan kod QR pada infografik atau melalui pautan yang disediakan. Borang permohonan hendaklah dikemukakan melalui e-mel ke alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. menggunakan Borang Permohonan Menyertai Sahabat Arkib. Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

 


“Bersama Kita Pelihara Sejarah, Bentuk Masa Depan”

Sebarang pertanyaan, emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image