Klasifikasi Fail
Arkib Negara Malaysia bersedia membantu pejabat awam dalam menyediakan klasifikasi fail jabatan. Ini adalah bagi memastikan sistem fail dan rekod yang diwujudkan di organisasi berkenaan adalah berdasarkan fungsi dan aktiviti jabatan.
Klasifikasi fail ialah proses mengenalpasti dan mengumpulkan maklumat secara logikal ke dalam kategori/ kumpulan yang sama atau seakan-akan sama, di mana setiap satu kategori/ kumpulan rekod itu dikenali dengan identitinya sendiri. Klasifikasi fail ini dapat membantu mewujudkan rekod yang boleh digunakan sebagai bukti yang sahih kerana ia dapat menunjukan kandungan, struktur, dan konteks pewujudan.
Dalam persekitaran digital, rekod-rekod ini perlu ditawan ke dalam Sistem Pengurusan Rekod Elektronik (cth: Digital Document Mangement System) bagi membolehkan pengurusan rekod dilaksanakan secara lebih sistematik dan teratur serta meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Arkib Negara Malaysia telah membangunkan templat Klasifikasi Rekod Urusan Am untuk diguna pakai oleh pejabat awam dalam pembangunan klasifikasi fail Urusan Am. Panduan ini pula disediakan sebagai rujukan kepada pejabat awam bagi meningkatkan kefahaman dalam pembangunan klasifikasi fail Urusan Fungsian.
-
Templat Klasifikasi Fail Urusan Am Sektor Awam
-
Templat Deskripsi Klasifikasi Fail Urusan Am Sektor Awam
*Nota : Templat ini perlu mendapatkan perakuan kelulusan daripada Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia sebelum digunakan.
BENGKEL PEMBANGUNAN KLASIFIKASI FAIL PEJABAT AWAM
Permohonan bagi penceramah Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail boleh dikemukakan ke alamat seperti di bawah atau melalui e-mel
Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(u.p.: Ketua Seksyen Pengurusan Rekod Elektronik)
