Berita & Pengumuman
Pemeliharaan dan Rujukan Masa Depan
- Melihat kepada perkembangan pesat teknologi pengkomputeran, adalah mustahil untuk Arkib Negara memelihara dan menyimpan rekod-rekod elektronik dalam sistem dan format sepertimana semasa ia diwujudkan. Ini kerana terdapat sistem dan format yang diguna pada masa lalu, tetapi tidak boleh lagi digunapakai pada masa kini.
- Oleh itu, dari aspek pemeliharaan, rekod yang wujud secara elektronik atau digital tidak semestinya terus disimpan dan dipelihara dalam bentuk elektronik sepanjang hayatnya. Bagi tujuan pemeliharaan kekal, Arkib Negara mungkin perlu memindahkan rekod elektronik ke dalam media storan yang mempunyai jangka hayat terjamin dan boleh diakses pada masa hadapan seperti mikrofilem.
- Bagi tujuan ini, Arkib Negara sentiasa membuat penyelidikan, kajian perbandingan amalan-amalan terbaik dan terkini di seluruh dunia untuk disesuaikan dengan perubahan teknologi dan keperluan tempatan.
Penggunaan Garis Panduan
- Penggunaan GARIS PANDUAN PENYIMPANAN DAN PEMELIHARAAN REKOD ELEKTRONIK SEKTOR AWAM ini adalah tertakluk kepada perubahan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan. Sebarang pertanyaan hendaklah dimajukan kepada Pengurusan Rekod Elektronik dan Teknologi Maklumat, Arkib Negara Malaysia atau hubungi :
E-mel :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 03-62010688 samb. 5925
Fax : 03-62013702