Berita & Pengumuman
Gambar Menyambut Kepulangan Rombongan Rundingan Kemerdekaan
Gambar menunjukkan orang ramai sedang menunggu kepulangan rombongan rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur. Rundingan bagi mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di London dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956. Rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah tiba di Lapangan Terbang Sungai Besi pada 20 Februari 1956.


Tunku Abdul Rahman dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur, setelah mengadakan rundingan kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu, di London. Tahun 20hb Feb 1956

Gambar menunjukan poster-poster dan orang ramai mengalu-alukan kepulangan Tunku dan rombongannya dari London.

Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sedang dialu-alukan oleh Encik Abdul Aziz bin Ishak dan orang ramai.