splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Koleksi Salinan Digital Bahan Dari National Archives of India

Koleksi Salinan Digital Bahan dari National Archives of India yang diperolehi hasil kerjasama Arkib Negara Malaysia dengan National Archives of India. Koleksi ini mencatatkan sejarah campur tangan Inggeris di Tanah Melayu sekitar abad ke-19 (1800-1950an) dari kumpulan rekod Foreign Department, India yang meliputi 25,000 bahan dalam bentuk imej digital.
Image
No. Penerimaan
2014/0011523
A retrospect of British policy in the Straits of Malacca from the period of the first establishment of Penang from 17.7.1786 to 1836 and historical details re. S.S. & the neighbouring native states

Dokumen yang mengandungi maklumat berkaitan polisi British dan sejarah di Negeri-Negeri Selat sekitar tahun 1786 sehingga 1842. Dokumen ini turut mengandungi catatan pelbagai peristiwa yang berlaku di Negeri-Negeri Selat.
 
Image
No. Penerimaan
2014/0007929
Abstract Malacca Proceeding, 1852-1855

Dokumen dalam tulisan tangan mengandungi abstrak prosiding Gabenor Negeri-negeri Selat, surat-menyurat beliau dengan ‘Resident Counsellor’ di Melaka dan Chief (pemerintah) di beberapa kepulauan antaranya ‘Somgheyiyoung, Lancat, Sarang dll. Terdapat juga dokumen berkaitan ‘seizure' rampasan ke atas kapal ‘Schooner Dolphine’, pembunuhan Kapten kapal oleh lanun, hubungan dagang dengan negara luar antaranya China, Burma, Siam, Cambodia, Afghanistan dll.
Image
No. Penerimaan
2014/0010907
Conclusion of A Treaty Between The Sultan And The Tumongong of Johor

Dokumen berkaitan dengan Perjanjian Persahabatan di antara negeri Johor dan negeri Pahang yang ditandatangani oleh Datoh Tumongong Abu Bakar Sri Maharajah Ibni Datoh Tumongong Daing Ibrahim Sri Maharajah (Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor) dan Datoh Bandaharah Ton Korais Sri Maharajah Ibni Rajah Bandaharah Tun Tahir bertarikh 17 Jun 1862 dan disaksikan Gabenor Negeri-negeri Selat. Antara isi perjanjian adalah persempadanan kedua-dua negeri di darat dan laut, sebagai sekutu dan sepakat untuk memberi bantuan ketenteraan dalam menghadapi apa jua peperangan maupun ancaman dari pihak luar dan hak keistimewaan perdagangan bagi rakyat di kedua-dua belah negeri dan juga bagi rakyat British
Image
No. Penerimaan
2014/0010542
Death of Dool Syed, Ex-penghuloo of Nanning

Dokumen berkenaan kematian Dol Syed, bekas penghulu Nanning.
Image
No. Penerimaan
2014/0011510
Report on causes of the insurrection at Nanning / Sultan’s participation in Nanning rebellion / Treaty with Rumbow (Indian Political despatch from C of Directors, Nos.4 of 1838) / Chief’s allowances from the revenues of Nanning / Report on disposition & resources of the Chief’s to the northward of Nanning / Rebel's subjection (India despatch to Secret Committee, No.23 of 18


Mengandungi surat menyurat mengenai campurtangan British di Naning. Terkandung dalam surat-surat ini maklumat di mana pihak British telah menghapuskan kuasa penghulu Naning dalam semua bidang pentadbiran iaitu politik, ekonomi dan sosial.
Image
No. Penerimaan
2014/0010296, 2014/0010338, 2014/0010339
Report on causes of the insurrection at Nanning.

Mengandungi maklumat berkenaan kebenaran dan pemberian kuasa kepada pegawai British untuk campur tangan di Naning.
Image
No. Penerimaan
2014/0010498, 2014/0010499
Dhool Syed's release recommended in order to secure the tranquility of Nanning
 Mengandungi maklumat berkenaan cadangan pembebasan Dol Syed bagi memastikan keamanan di Naning.
 
Image