Berita & Pengumuman
KOLEKSI DIGITAL COLONIAL OFFICE: ASIA
Arkib Negara Malaysia (ANM) telah memperoleh Koleksi Digital British Colonial Office: Asia pada 1 November 2025. Koleksi ini merujuk kepada kumpulan rekod rasmi yang diwujudkan oleh Colonial Office iaitu jabatan kerajaan yang menguruskan pentadbiran tanah jajahan empayar British dari abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20. Ia berkaitan pentadbiran dan tadbir urus, hubungan antarabangsa, perubahan demografi dan kehidupan di negara tanah jajahan British. Terdapat dua (2) bahagian koleksi iaitu:
Bahagian II – Singapura, Malaysia Timur dan Brunei
Bahagian III – Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Malaya dan Negeri-Negeri Selat
Koleksi digital ini terdiri daripada surat-menyurat, dokumen, manuskrip, peta, pelan, gambar, perjanjian, laporan, akhbar, majalah dan sebagainya. Ia mengandungi hampir sejumlah 8,507 fail dengan 1,131,112 imej/ muka surat yang boleh diakses menggunakan pangkalan data Gale Primary Sources.
Untuk mengakses koleksi, klik pada logo
Sebarang pertanyaan, emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Borang | Muat Turun | |
|---|---|---|
BORANG PESANAN SALINAN KOLEKSI DIGITAL COLONIAL OFFICE: ASIA | ||
