splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

MENGENAI MAJLIS SEJARAWAN NEGARA

Sejarah Penubuhan

Majlis Sejarawan Negara (MSjN) ditubuhkan sebagai satu inisiatif bagi memperkukuh peranan sejarah dalam pembinaan negara bangsa serta memastikan kefahaman sejarah yang tepat dan berteraskan sumber yang sahih dalam kalangan masyarakat.

Penubuhan majlis ini juga bertujuan menyediakan satu platform rasmi yang menghimpunkan tokoh dan pakar sejarah bagi membincangkan isu-isu berkaitan sejarah negara, termasuklah cabaran semasa seperti penyebaran maklumat tidak tepat dan manipulasi fakta sejarah di pelbagai medium.

Seiring dengan perkembangan teknologi dan penyebaran maklumat yang pantas, MSjN memainkan peranan penting dalam memastikan naratif sejarah negara kekal terpelihara, berautoriti dan relevan untuk generasi masa kini dan akan datang.

Objektif

  • Menjadi badan berautoriti dalam menangani dan menasihati kerajaan berkaitan isu dan pertikaian sejarah negara
  • Menjadi forum untuk membincangkan isu dan cabaran berkaitan sejarah secara berstruktur dan berilmiah
  • Mencadangkan langkah bagi mengelakkan penyelewengan dan manipulasi fakta sejarah
  • Menggalakkan penggunaan sumber sejarah yang sahih dan berintegriti dalam penulisan sejarah
  • Menjana idea dan pendekatan baharu bagi memperkukuh pendidikan sejarah negara
  • Mengesyorkan keperluan sumber dan dana bagi pemeliharaan serta pemerolehan rekod sejarah negara

Visi

Menjadi badan rujukan utama dan berautoriti dalam memperkukuh kefahaman serta pemerkasaan sejarah negara.

Misi

Menjadi badan rujukan utama dan berautoriti dalam memperkukuh kefahaman serta pemerkasaan sejarah negara.

Peranan

MSjN berperanan sebagai badan penasihat yang menyokong kerajaan dalam menangani isu berkaitan sejarah negara serta memastikan kesahihan maklumat sejarah yang disampaikan kepada masyarakat.

Selain itu, majlis ini turut berfungsi sebagai platform perbincangan ilmiah yang menghimpunkan pakar dan penggiat sejarah bagi bertukar pandangan serta merangka pendekatan strategik dalam memperkukuh bidang sejarah negara.

MSjN juga memainkan peranan dalam mengesyorkan dasar, pendekatan dan inisiatif berkaitan pendidikan sejarah, termasuk usaha memperluaskan akses kepada sumber sejarah digital dan bahan rujukan yang berkualiti.

Di samping itu, majlis ini turut berperanan dalam memantau isu-isu sejarah yang tular di media serta menyediakan kenyataan rasmi bagi memastikan kefahaman masyarakat sentiasa berpandukan fakta yang sahih dan berautoriti.

Image