splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO
LATIHAN PENGURUSAN REKOD DAN PENTADBIRAN ARKIB

ANJURAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

KURSUS PEGAWAI REKOD JABATAN (PRJ) DAN PEMBANTU TADBIR REKOD JABATAN (PTRJ)

Setiap Pejabat Awam diwajibkan melantik Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) selaras Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2007. PRJ bertindak sebagai penghubung dengan Arkib Negara Malaysia (ANM) dan memastikan rekod diurus secara bersistematik, berintegriti dan akauntabel. Ketua Pejabat Awam boleh melantik Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) untuk membantu PRJ melaksanakan pengurusan rekod dengan lebih berkesan.

PRJ dan PTRJ dikehendaki mengikuti Kursus Pengurusan Rekod anjuran Arkib Negara Malaysia (ANM), dan sijil pelantikan akan dikeluarkan sebagai pengesahan rasmi pelantikan.

Objektif

Pada akhir sesi, peserta akan dapat:

  1. Mengenal pasti konsep dan perundangan pengurusan rekod mengikut Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629];
  2. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia; dan
  3. Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Kaedah

Ceramah, perbincangan, pembentangan, ujian kefahaman dan latih amal.

Tempoh

3 hari

Permohonan

Permohonan dengan mengisi Borang SKL 1 dan dimajukan kepada Urus Setia Kursus 14 hari sebelum tarikh kursus dilaksanakan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan ke emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau dihantar ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(u.p.: Ketua Seksyen Konsultansi dan Latihan)
Record Management Course for Department Record Officers (PRJ Grade 29 and above or equivalent)

NO.

SERIES

DATES

LOCATION

APPLICATION CLOSING
DATE

1

1st Series

5 – 7 March 2024

Memorial Tun Hussein Onn, KL

19 February 2024

2

2nd Series

14 – 16 May 2024

Memorial Tun Hussein Onn, KL

30 April 2024

3

Extended Series

26 – 27 June 2024

Memorial Tun Hussein Onn, KL

12 June 2024

4

3rd Series

16 – 18 July 2024

Memorial Tun Hussein Onn, KL

2 July 2024

KURSUS DAN BENGKEL PENTADBIRAN ARKIB UNTUK PEJABAT AWAM

Kursus dan Bengkel Pentadbiran Arkib dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pejabat Awam dalam pengurusan, pemeliharaan dan pentadbiran rekod selaras dengan peraturan dan amalan terbaik. Antara bengkel yang ditawarkan adalah Bengkel Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana, bagi melatih pegawai menyelamat dan memulihkan rekod terjejas akibat bencana, serta Bengkel Pemuliharaan Rekod (Awet dan Jilid), yang menumpukan teknik awetan dan penjilidan rekod bagi memastikan ketahanan rekod jangka panjang.

Permohonan

Permohonan dengan mengisi Borang SKL 1 dan dimajukan kepada Urus Setia Kursus 14 hari sebelum tarikh kursus dilaksanakan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan ke emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau dihantar ke alamat berikut:

Bengkel Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana

Bengkel ini memberi tumpuan khusus kepada pemulihan rekod yang terjejas akibat bencana seperti banjir, kebakaran atau kerosakan fizikal lain. Peserta akan didedahkan dengan kaedah asas penyelamatan, pengeringan, pembersihan dan penyusunan semula rekod bagi memastikan rekod penting dapat dipulihkan dan dikekalkan integritinya. Latihan praktikal ini bertujuan membolehkan pegawai bertindak cepat dan cekap dalam menangani rekod yang terjejas semasa atau selepas bencana.

Objektif
  1. Memahami pemeliharaan rekod adalah bermula di Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan;
  2. Mengetahui secara asas tentang konsep dan kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan;
  3. Memelihara dan memulihara rekod-rekod di kementerian / jabatan / agensi kerajaan sekurang-kurangnya secara minima selaras dengan Panduan Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat Versi 10 (2022) Bahagian VIII.
Kaedah

Ceramah, perbincangan, pembentangan, demonstrasi dan latih amal.

Tempoh

2 hari

Permohonan

Permohonan dengan mengisi Borang SKL 1 dan dimajukan kepada Urus Setia Kursus 14 hari sebelum Bengkel dilaksanakan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan ke emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau dihantar ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(u.p.: Ketua Seksyen Konsultansi dan Latihan)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Urus Setia melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

BIL.

KURSUS

TARIKH

LOKASI

TARIKH TUTUP
PERMOHONAN

1.

Bengkel Pemuliharaan Rekod (Selepas Bencana) Siri 1

13 – 14 April 2026
(Isnin – Selasa)

Dewan Tun Rahah,
Memorial Tun Abdul Razak

27 Mac 2026

2.

Bengkel Pemuliharaan Rekod (Selepas Bencana) Siri 2

22 – 23 Jun 2026
(Isnin – Selasa)

Dewan Tun Rahah,
Memorial Tun Abdul Razak

5 Jun 2026

3.

Bengkel Pemuliharaan Rekod (Selepas Bencana) Siri 3

26 – 27 Ogos 2026
(Rabu – Khamis)

Dewan Tun Rahah,
Memorial Tun Abdul Razak

10 Ogos 2026

ANJURAN PEJABAT AWAM

KURSUS/ CERAMAH/ TAKLIMAT PENGURUSAN REKOD


Bagi memastikan pengurusan, pemeliharaan dan pentadbiran arkib di Pejabat Awam dijalankan secara cekap dan berkesan, Arkib Negara Malaysia menyediakan khidmat penceramah bagi Pejabat Awam yang ingin menganjurkan kursus, bengkel, ceramah atau taklimat berkaitan pengurusan dan pentadbiran rekod.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman pegawai dalam mentadbir, memelihara dan mengurus rekod mengikut peraturan serta amalan terbaik. Latihan ini juga menyokong keberkesanan pengurusan rekod dan pentadbiran arkib di semua Pejabat Awam.

Tempoh Kursus/ Ceramah/ Taklimat

Kursus : 1 - 3 hari

Ceramah/ Taklimat : Tertakluk kepada permohonan pihak penganjur

Permohonan penceramah 

Permohonan bagi penceramah kursus pengurusan rekod anjuran Pejabat Awam untuk Jabatan/ Agensi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Selangor dan Negeri Sembilan boleh dikemukakan ke alamat seperti di bawah atau melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
(u.p.: Ketua Seksyen Konsultansi dan Latihan)

Permohonan bagi penceramah di peringkat Negeri

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Arkib Negara Malaysia Negeri masing-masing.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Urus Setia melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Kursus Pengurusan Rekod Anjuran Pejabat Awam

Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh mengenai kitar hayat rekod iaitu pewujudan, penggunaan, penggunaan dan penyenggaraan dan pelupusan rekod. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam mengurus rekod secara sistematik dan mengikut amalan terbaik.

Image