News & Announcement
UNESCO Memory of the World International Register (2001)
Koleksi Surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) diiktiraf sebagai Memory of the World oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) pada tahun 2001. Ia telah diisytihar sebagai Warisan Kebangsaan pada 15 Julai 2010 dengan nombor warta P.U.(A) 234 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Ia merupakan sebahagian daripada kumpulan salinan surat-menyurat zaman pemerintahan Almarhum Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan ke-26 yang mengandungi 2,951 halaman naskhah tulisan tangan dalam huruf Jawi.