News & Announcement
UNESCO Jikji Memory of the World Prize (2009)




Jikji Memory of the World Prize ialah merupakan anugerah pengiktirafan yang diberikan dua tahun sekali kepada individu, institusi atau organisasi yang memberikan sumbangan yang signifikan terhadap usaha pemeliharaan dan akses kepada bahan khazanah warisan di peringkat negara, rantau serta dunia.
Pencalonan ANM telah diterima dan diiktiraf oleh pihak UNESCO berdasarkan sumbangan khusus dalam program-program pengembangan, pendidikan dan latihan dalam bidang pemeliharaan bahan khazanah warisan di rantau Asia sejak penubuhannya.