News & Announcement
ANM Negeri Melaka
Sejarah Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka (ANMNM)
Sejarah Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka (ANMNM) bermula dengan penubuhan Arkib Negara Malaysia Cawangan Selatan (gabungan Negeri Johor dan Melaka) yang beralamat di Aras 7, Blok B, Wisma Persekutuan, Johor Bahru, Johor Darul Takzim pada 1 Julai 1976. Di waktu ini semua rekod-rekod Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Melaka dipindah dan disimpan di Arkib Negara Malaysia Cawangan Selatan Arkib Negara Malaysia Cawangan Selatan ini kemudiannya telah bertukar nama kepada Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor/Melaka (ANMCJM) pada tahun 1988.
Pada 15 Julai 2004, Pejabat Arkib Negara Malaysia Cawangan Melaka (ANMCM) telah diwujudkan secara pentadbiran yang beralamat di No 34, Kuarters Kerajaan, Bukit Peringgit, Melaka dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka pada masa itu, Datuk Seri Utama Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Kesemua rekod agensi dan kerajaan Negeri Melaka yang sebelum ini di pindah dan di simpan di Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor/ Melaka telah dipindahkan secara tetap di Pejabat ANMCM.
Peningkatan kesedaran akan kepentingan pengurusan rekod di kalangan agensi kerajaan di Negeri Melaka, pada Julai 2010, ANMCM telah berpindah ke lokasi baharu yang terletak di Aras 8, Menara Persekutuan, Ayer Keroh Melaka hinggalah ke hari ini. Keadaan pejabat ini adalah lebih selesa dan strategik kerana ianya merupakan bangunan kerajaan persekutuan yang di lengkapi dengan pelbagai kemudahan keselamatan seperti pendingin hawa, peralatan perabot, kabinet fail, CCTV dan kawalan keselamatan yang akan menjamin keselamatan rekod-rekod yang dipindahkan ke ANMCM. Bersesuaian dengan keadaan semasa, Arkib Negara Malaysia telah melaksanakan penjenamaan semula ketas nama arkib cawangan negeri yang kini dikenali sebagai Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka (ANMNM).