News & Announcement
Memorial Negarawan

Memorial Negarawan menempatkan tujuh (7) orang tokoh negarawan yang berasal daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak iaitu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, Tun Dr. Lim Chong Eu, Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephens dan Tun Temenggung Jugah. Tokoh-tokoh tersebut turut mempunyai cerminan sejarah latar belakang yang berlainan dari segi keterlibatan dalam politik, kehidupan sosial serta ekonomi. Tujuan Memorial Negarawan ditubuhkan adalah untuk memperingati dan mengenang jasa dan sumbangan tokoh-tokoh negarawan ini khususnya di atas perjuangan kemerdekaan pada tahun 1957 dan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Terdapat pelbagai koleksi bahan bersejarah yang dipamerkan seperti dokumen, artifak, gambar, keratan akhbar dan bahan koleksi peribadi tokoh. Konsep pameran dibahagikan kepada tujuh (7) galeri, (Aras B) menempatkan tiga (3) galeri iaitu Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephens dan Tun Temenggung Jugah, (Aras G) menempatkan dua (2) galeri iaitu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock, dan (Aras 1) menempatkan dua (2) galeri iaitu Tun V.T. Sambanthan dan Tun Dr. Lim Chong Eu.
Memorial Negarawan yang terletak di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur ialah Bangunan Kompleks Jabatan Perdana Menteri sebelum berpindah ke Putrajaya. Pejabat Perdana Menteri dan Bilik Mesyuarat Kabinet yang asal turut dikekalkan sebagai pameran utama di Memorial Negarawan.

Nota tulisan tangan Tun Tan Cheng Lock

Pakaian dhoti milik Tun V.T Sambanthan

Pejabat Perdana Menteri

Bilik Mesyuarat Kabinet
OPERATING HOURS
Day | Time |
---|---|
Thursday - Tuesday | 9:00 a.m - 5:p.m |
Friday | 9.00 a.m - 12.00 p.m 3.00 p.m - 5.00 p.m |
Saturday & Sunday | 9.00 a.m - 5.00 p.m |
Monday (except Public and School Holiday) | Closed |
Admission is FREE | |
Jalan Dato Onn, 50480 KUALA LUMPUR. | |
No. Tel : 03-26040559 No. Faks : 03-26040523 |