splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

The Tun Abdul Razak Memorial

Image
Memorial Tun Abdul Razak telah dibuka secara rasminya pada 6 Mei 1982 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Pembukaan Memorial ini ialah cetusan ilham YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad sendiri yang bertujuan untuk memperingati dan mengenang jasa serta sumbangan Allahyarham Tun Abdul Razak kepada bangsa dan negara.

Memorial Tun Abdul Razak mempunyai 2 Dewan Pameran yang mengandungi bahan–bahan seperti gambar, artifak dan koleksi peribadi Allahyarham Tun Abdul Razak yang dipamerkan untuk tatapan umum supaya pengunjung dapat mengenali dan menghayati peranan Allahyarham Tun sebagai Perdana Menteri ke-2 dan Bapa Pembangunan Negara.
Image
BANGUNAN SRI TAMAN
Dewan Pameran 1 dikenali dengan nama Bangunan Sri Taman. Bangunan ini merupakan rumah kediaman rasmi Allahyarham Tun Haji Abdul Razak mulai tahun 1962 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1976. Bangunan 2 tingkat ini mempunyai reka bentuk ‘Californian Style'. Kerja-kerja menaik taraf pameran dan hiasan dalaman di Bangunan Sri Taman telah dilakukan pada tahun 2012. Melalui projek ini bahan pameran di Bangunan Sri Taman ini telah disusun dan ditempatkan semula mengikut sepertimana kedudukan asal semasa Allahyarham Tun Abdul Razak dan keluarga mendiami rumah ini.
Image
Ruang Tamu
Image
Bilik Bacaan
Image
Taman Kecil
Image
BANGUNAN SRI AMAN
Dewan Pameran 2 dikenali sebagai Sri Aman merupakan rumah kediaman rasmi Ketua Polis Negara, YABhg. Tun Mohammed Hanif Omar yang telah dibina bersama-sama dengan Bangunan Sri Taman pada tahun 1960-an. Rumah ini dibina bagi menempatkan Pegawai Tinggi Kerajaan yang merupakan rumah Kerajaan kelas C. Bangunan ini telah diserahkan kepada Arkib Negara Malaysia pada penghujung tahun 1995 dan dijadikan Dewan Pameran bagi menempatkan sebahagian daripada bahan-bahan kepunyaan Allahyarham Tun Abdul Razak untuk tatapan generasi masa kini.
Image
Replika Pejabat Tun Abdul Razak
Image
Replika Bilik Gerakan Negara
Image
Koleksi Barangan Peribadi Tun Abdul Razak
Image
Pameran Bapa Pembangunan Malaysia
KEMUDAHAN
Bilik Penyelidikan/ Perpustakaan
Bilik Penyelidikan/ Perpustakaan

MTAR mempunyai Bilik Penyelidikan/Perpustakaan yang boleh memuatkan kira-kira 20 orang penyelidik dalam satu-satu masa. Bahan-bahan rujukan mengenai Allahyarham Tun Abdul Razak seperti penulisan/biografi, gambar-gambar, teks ucapan dan lain-lain boleh diperolehi di sini. Penyelidik dibenarkan untuk membuat penyalinan bahan dan gambar dengan dikenakan kadar bayaran yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
Dewan Tun Rahah

Dewan ini sering digunakan oleh jabatan kerajaan, agensi swasta dan orang perseorangan untuk mengadakan bengkel, kursus, majlis perkahwinan dan lain-lain dengan kadar sewa yang berpatutan. Dewan ini boleh memuatkan anggaran 150 orang dalam satu masa.

OPERATING HOURS

Day
Time
Thursday - Tuesday
9:00 a.m - 5:p.m
Friday
9.00 a.m - 12.00 p.m
3.00 p.m - 5.00 p.m
Saturday & Sunday
9.00 a.m - 5.00 p.m
Monday
(except Public and School Holiday)
Closed
Admission is FREE
Sri Taman, Jalan Perdana,
50480 KUALA LUMPUR.
No. Tel :03-26937141 / 26937294 / 26937740
No. Faks : 03-26937335
Image