splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Kumpulan Rekod Baru Dibuka Suku Kedua 2010

Jabatan Arkib Negara bertanggungjawab menyediakan kemudahan perkhidmatan penyelidikan kepada orang ramai umumnya dan penyelidik khususnya. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menyebarkan maklumat yang terdapat di dalam simpanan Arkib Negara.
Di antara langkah oleh pihak Arkib Negara bagi memberikan kemudahan tersebut ialah dengan menyediakan Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang telah mencapai taraf arkib iaitu berusia 25 tahun. Senarai ini mengandungi maklumat mengenai bahan yang baru dibuka untuk rujukan para penyelidik.


Bermula pada tahun 2010, Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang telah mencapai taraf arkib ini akan dikeluarkan mengikut suku tahun iaitu pada setiap awal bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Bagi suku kedua 2010, sebanyak 190 kumpulan arkib/Rekod yang mengandungi 648 buah fail telah mencapai taraf arkib dan sedia untuk dirujuk.


Segala maklumat lanjut berkaitan fail-fail di atas bolehlah melayari portal arkib di www.arkib.gov.my pada capaian carian bahan arkib atau datang terus ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia yang teletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur bagi fail yang terdapat di Ibu Pejabat dan ke Arkib Negara Cawangan Negeri yang berkenaan bagi fail yang terdapat di Cawangan Negeri.

  • Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang boleh dirujuk di Ibu Pejabat
  • Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang boleh di rujuk di Cawangan-cawangan Negeri :-
    •    Cawangan Kedah/Perlis
    •    Cawangan Pulau Pinang
    •    Cawangan Perak
    •    Cawangan Terengganu/Pahang
    •    Cawangan Kelantan
    •    Cawangan Sarawak
    •    Cawangan Sabah
Image