Kumpulan Rekod Baru Dibuka Suku Kedua 2012
Jabatan Arkib Negara bertanggungjawab menyediakan kemudahan perkhidmatan penyelidikan kepada orang ramai umumnya dan penyelidik khususnya. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi menyebarluaskan maklumat yang terdapat dalam simpanan Arkib Negara.
Antara langkah yang diambil bagi memberikan kemudahan tersebut ialah dengan menyediakan Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang telah mencapai taraf arkib iaitu berusia 25 tahun. Senarai ini mengandungi maklumat mengenai bahan yang baru dibuka untuk rujukan penyelidik. Walau bagaimanapun rujukan kepada fail-fail ini masih tertakluk kepada Rahsia Rasmi di mana fail-fail terperingkat yang belum diturun taraf tidak dibuka untuk rujukan penyelidik.
Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang telah mencapai taraf arkib ini akan dikeluarkan mengikut suku tahun iaitu pada setiap awal bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Bagi suku pertama tahun 2012, sebanyak 207 kumpulan Arkib/Rekod yang mengandungi 909 buah fail telah mencapai taraf arkib dan sedia untuk dirujuk. Antara fail-fail menarik yang mempunyai kesan kepada sejarah dan perkembangan negara adalah seperti di lampiran 1.
Semua maklumat lanjut berkaitan fail-fail tersebut boleh diperolehi dengan melayari portal arkib di www.arkib.gov.my pada capaian carian bahan arkib atau datang terus ke Dewan Penyelidikan Arkib Negara Malaysia yang teletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur bagi fail yang terdapat di Ibu Pejabat dan ke Arkib Negara Cawangan Negeri yang berkenaan bagi fail yang terdapat di Cawangan Negeri.
- Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang boleh dirujuk di Ibu Pejabat
- Senarai Kumpulan Arkib/Rekod yang boleh di rujuk di Cawangan-cawangan Negeri :-
• Cawangan Kedah/Perlis
• Cawangan Pulau Pinang
• Cawangan Perak
• Cawangan Terengganu
• Cawangan Kelantan
• Cawangan Sarawak
• Cawangan Sabah