splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

ANM Negeri Sabah

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah telah ditubuhkan pada 1 Februari 1977 iaitu selepas 20 tahun wujudnya Arkib Negara Malaysia, dan memulakan operasinya di Rumah Persekutuan, Kota Kinabalu . Pada 20 Jun 1977, Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah telah berpindah ke Bangunan Nosmal Court di Jalan Pantai, Kota Kinabalu. Kemudian berpindah pula ke Bangunan Wisma YTL di Jalan Kolombong, Inanam pada 1 September 1985. Akhirnya berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Penampang yang siap dibina pada tahun 2006. Bangunan ini mula dibina pada tahun 2003 di atas tanah berkeluasan 3.5 ekar dengan kos berjumlah RM 27 juta. Bangunan ini telah dirasmikan pembukaannya pada 13 April 2006 oleh Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.  Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah bertanggungjawab ke atas rekod-rekod jabatan dan agensi persekutuan di Sabah. Sehingga kini terdapat sejumlah 1,995 jabatan dan agensi persekutuan di Sabah sahaja.

VISI

Peneraju pengurusan rekod dan pentadbiran arkib yang inklusif.

MISI

Memastikan tadbir urus rekod dan arkib yang efisien dan efektif melalui teknologi terkini demi kepentingan negara dan kemakmuran bersama.

OBJEKTIF

  • Memantapkan kompetensi dan komitmen pegawai awam dalam bidang pengurusan rekod melalui pematuhan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan perundangan lain yang berkuat kuasa.
  • Memelihara dan memulihara bahan arkib yang bernilai kekal untuk rujukan dan kelestarian warisan negara.
  • Memperkasa program pengembangan dan advokasi sejarah negara ke arah pengukuhan jati diri warga Malaysia.

FUNGSI

  • Memberi khidmat nasihat kepada jabatan dan agensi kerajaan tentang pengurusan rekod awam yang sistematik dan berkesan.
  • Mengesan, mengumpul, menyimpan dan memelihara rekod dan bahan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah negara.
  • Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada jabatan dan agensi kerajaan serta orang awam.
  • Menjalankan program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan memperlengkapkan maklumat tentang sejarah negara.
  • Menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah kepada orang ramai.
Image