Berita & Pengumuman
ANM Negeri Terengganu
VISI
Peneraju pengurusan rekod dan pentadbiran arkib yang inklusif.
MISI
Memastikan tadbir urus rekod dan arkib yang efisien dan efektif melalui teknologi terkini demi kepentingan negara dan kemakmuran bersama.
OBJEKTIF
- Memantapkan kompetensi dan komitmen pegawai awam dalam bidang pengurusan rekod melalui pematuhan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan perundangan lain yang berkuat kuasa.
- Memelihara dan memulihara bahan arkib yang bernilai kekal untuk rujukan dan kelestarian warisan negara.
- Memperkasa program pengembangan dan advokasi sejarah negara ke arah pengukuhan jati diri warga Malaysia.
FUNGSI
- Memberi khidmat nasihat berkenaan pengurusan rekod yang sistematik, efisien dan ekonomikal kepada pejabat awam negeri/persekutuan di seluruh negeri Terengganu.
- Mengesan, memperolehi dan menyimpan segala jenis rekod dan dokumen yang mempunyai nilai sejarah dan kebangsaan untuk simpanan kekal di Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu di mana Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu sebagai 'custodian' kepada rekod-rekod yang bernilai arkib daripada pejabat awam negeri/persekutuan di seluruh negeri Terengganu.
- Memproses rekod-rekod yang dipindahkan oleh pejabat awam negeri/persekutuan di seluruh negeri Terengganu untuk simpanan kekal di Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti pemuliharaan rekod-rekod yang berada di bawah jagaan Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu serta mengawalselia bahan-bahan koleksi sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna.
- Memberikan khidmat rujukan dan penyelidikan kepada orang awam, pelajar pengajian tinggi serta jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti arkib pendidikan, pengembangan dan arkib negarawan di dalam usaha menyebarluas koleksi khazanah warisan negara yang berada dalam simpanan dan jagaan Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu.