Berita & Pengumuman
Seksyen Panducari
Unit Panducari
- Mengkaji dan menentukan kaedah dan standard panducari arkib RASMI selaras dengan ISAD (G), ISAAR (CPF) ASA 390. AACR 2.
- Mengkaji dan menentukan kaedah standard panducari koleksi pertubuhan dan persendirian selaras dengan ISAD (G), ISAAR (CPF) ASA 390, AACR2.
- Mengkaji dan menyediakan deskripsi kearkiban kumpulan bahan (2nd level description) bagi panduan bahan arkib dan senarai penerimaan.
- Merancang, menyelaras dan mengendalikan latihan penyediaan deskripsi bahan arkib serta menjalankan semakan kualiti kepada deskripsi yang telah dihasilkan.
- Menyediakan dan mengemaskini panducari on-line bagi bahan-bahan arkib.
- Melaksanakan dan menyelaraskan kerja-kerja penterjemahan rekod-rekod bahasa asing.
- Menyediakan teks untuk diterbitkan bagi panducari dan rekod-rekod yang telah diterjemah.
- Merancang dan mengurus penerbitan panducari-panducari dalam pelbagai media.
- Menyediakan maklumat kontekstual berbentuk Sejarah Pentadbiran jabatan/agensi.
- Menyediakan Sejarah Pentadbiran yang lengkap secara manual atau dalam talian bagi memudahkan capaian dan rujukan.
Unit Pengurusan COMPASS
- Merancang dan menyelaras Bengkel Latihan Aplikasi COMPASS dengan kerjasama Seksyen Teknologi Maklumat di Ibu Pejabat dan Arkib-arkib Negeri
- Mengurus semakan permohonan pewujudan sumber-sumber baharu bahan-bahan arkib yang diproses di Ibu Pejabat dan Arkib-arkib Negeri
- Menyemak dan memproses permohonan pengemaskinian sumber-sumber bahan arkib sedia ada bagi urusan pendaftaran dan kemasukan metadata bahan-bahan arkib di Ibu Pejabat dan Arkib-arkib Negeri
- Menyelaras urusan pelantikan Pegawai Sumber Negeri
- Merancang dan menyediakan Panduan Sumber Bertema bagi bahan-bahan arkib
Unit Pentadbiran dan Khidmat Sokongan
- Mengendalikan urusan pentadbiran Seksyen meliputi kehadiran dan kad perakam waktu, cuti, surat menyurat, sistem fail, mesyuarat dan sebagainya
- Mengurus dan mengendalikan urusan kewangan Seksyen, termasuk pesanan kerajaan, penyediaan cadagan baget bagi perbelanjaan, pengurusan aset dan stor dan sebagainya
- Mengendalikan Pengurusan Registri Seksyen
- Menyelaras hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan Seksyen