splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Seksyen Pemeliharaan dan Reprografi

Fungsi Seksyen Pemeliharaan dan Reprografi

  1. Merangka prosedur, garis panduan dan strategi pemeliharaan dan pemuliharaan bahan arkib.
  2. Merancang dan mengenal pasti pemuliharaan (pengawetan) bahan-bahan arkib.
  3. Melaksanakan restorasi bahan arkib dengan menggunakan kaedah yang sesuai.
  4. Merancang dan mengenal pasti pemuliharaan (penjilidan) bahan-bahan arkib.
  5. Melaksanakan penjilidan bahan arkib dengan menggunakan kaedah jahitan yang betul.
  6. Merancang dan memberi khidmat nasihat kepada pejabat awam (kementerian, jabatan, agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan) mengenai restorasi dan penjilidan rekod yang mengalami kerosakan.
  7. Merancang dan memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan pemulihan rekod selepas bencana kepada pejabat awam (kementerian, jabatan, agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan).
  8. Merancang dan menyediakan modul latihan/bengkel amali serta mengendalikan bengkel dalam bidang pengawetan dan penjilidan.
  9. Menjalankan ujian kimia ke atas kertas, dakwat, filem, kulit, perekat, meterai, gambar dan mikrofilem.
  10. Menjalankan ujian ketahanan kesesuaian bahan mentah pemuliharaan.
  11. Menjalankan kajian-kajian baharu berkaitan kaedah pemuliharaan bahan arkib selari dengan teknologi terkini.
  12. Melaksanakan kerja-kerja penyalinan bahan arkib untuk tujuan penyelidikan.
  13. Menyelaras dan melaksanakan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Seksyen.
Seksyen Pemeliharaan dan Reprogafi (SPRG) bertanggungjawa melaksanakan program dan aktiviti pemuliharaan bahan arkib selaras dengan peruntukan Seksyen 36(b), Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629). Sehubungan dengan itu, kerja pemulihan rekod dilaksanakan menggunakan kaedah restorasi dan penjilidan mengikut amalan terbaik arkib antarabangsa. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, SPRG mempunyai tiga (3) unit seperti berikut:

Unit Restorasi, Makmal dan Kajian

  1. Merangka dasar pemeliharaan dan pemuliharaan bahan arkib
  2. Menyediakan piawaian, panduan dan peraturan berkaitan restorasi dan jilid
  3. Menjalankan kajian penambahbaikan kaedah, teknologi , peralatan dan bahan pemuliharaan
  4. Merancang, mengenalpasti dan melaksanakan proses restorasi dan jilid bahan arkib
  5. Menerima, menganalisa dan mendaftar pesanan bahan arkib untuk proses restorasi dan jilid
  6. Mendokumentasikan teknik dan kaedah restorasi dan jilid
  7. Menjalankan kerja-kerja kawalan mutu bahan arkib setelah proses restorasi dan jilid
  8. Menjalankan kajian ke atas ketahanan fizikal dan kemerosotan (deterioration) bahan arkib di Seksyen Repositori
  9. Menjalankan ujian kimia ke atas bahan arkib untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan
  10. Menjalankan ujian kualiti dan ketahanan fizikal bahan mentah untuk pemeliharaan dan pemuliharaan
  11. Mendokumentasi prosedur dan penemuan ujian makmal
  12. Menyediakan modul latihan amali/penempatan peserta-peserta dalam bidang restorasi dan jilid
  13. Memberi khidmat kepakaran kepada penjawat awam dalam bidang restorasi dan jilid

Unit Sokongan dan Reprografi

  1. Menyediakan piawaian, panduan dan peraturan berkaitan reprografi bahan arkib.
  2. Merancang dan melaksanakan kerja-kerja reprografi bahan arkib.
  3. Menerima, menyemak dan mendaftar pesanan bahan arkib untuk kerja-kerja reprografi.
  4. Menentukan teknik dan kaedah serta melaksanakan kerja-kerja reprografi
  5. Menjalankan kerja-kerja kawalan mutu salinan bahan arkib.
  6. Menyediakan salinan mikrofilem Master Negatif/Generasi Kedua/Positif untuk pesanan penyelidik dan rujukan pada masa hadapan.

Unit Tindakan Pemulihan Bencana Rekod

  1. Melaksanakan khidmat nasihat tentang pemuliharaan rekod selepas bencana.
  2. Menubuh dan mengurus Pasukan Tindakan Bencana Rekod.
  3. Melaksanakan tindakan pemulihan rekod selepas bencana.
Image