splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Seksyen Pameran dan Arkib Pendidikan

Unit Pameran

  1. Mengenal pasti jenis dan tema pameran tetap, berkala, bergerak dan maya (virtual) berdasarkan koleksi bahan-bahan arkib bertujuan untuk mempromosikan bahan arkib dan menyebarkan maklumat mengenainya kepada masyarakat.
  2. Merancang dan menyediakan kertas konsep, skop, jalan cerita dan tajuk pameran berdasarkan tema, jenis pameran, lokasi dan tapak pameran serta menyediakan anggaran kos bagi pameran yang dirancang dan ad-hoc.
  3. Menjalankan penyelidikan dan pemilihan bahan-bahan berdasarkan kesesuaian konsep pameran serta penyediaan kapsyen pameran dan/atau terjemahan.
  4. Menaikkan pameran serta hiasan pameran.
  5. Menyediakan poster, risalah dan katalog pameran dalam bentuk bercetak dan digital.
  6. Menguruskan penyediaan inventori bahan dan label pembungkusan dan penyimpanan serta pemeliharaan bahan pameran.
  7. Memberikan khidmat runding saran dan perkhidmatan pinjaman bahan-bahan pameran kepada sekolah, institusi pendidikan tinggi (IPT), pejabat awam (kementerian, jabatan, agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan) dan swasta.
  8. Melaksanakan penyediaan susun atur peragaan pameran, penyalinan bahan pameran, panel pameran dan showcase sama ada untuk pameran bergerak atau maya (virtual).
  9. Menguruskan penyalinan bahan kepada bentuk digital dan bekerjasama dengan Seksyen Teknologi Maklumat bagi mengadakan pameran maya (virtual).

Unit Arkib Pendidikan

  1. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program dan aktiviti bagi mendekatkan arkib kepada masyarakat dan pelajar-pelajar sekolah bagi memupuk semangat cintakan warisan sejarah bangsa dan negara.
  2. Melaksanakan program dan aktiviti menggalakkan penggunaan bahan-bahan arkib dalam penyediaan kerja khusus kajian tempatan di peringkat pendidikan rendah dan menengah.
  3. Menyediakan alat bantuan mengajar secara manual dan maya (virtual) bagi mata pelajaran Sejarah dan Kajian Tempatan melalui kerjasama dan perkongsian pintar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Persatuan Sejarah dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  4. Merancang dan melaksanakan sudut pameran/program arkib pendidikan.
  5. Menyediakan peralatan, bahan-bahan dan risalah bagi menjayakan program arkib ke sekolah.
  6. Menyelaras dan melaksanakan program dan aktiviti memasyarakatkan arkib dan warisan di bawah program dan aktiviti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
  7. Merancang dan melaksanakan program/aktiviti berkaitan Arkib Pendidikan secara maya (virtual) sempena Bulan Kemerdekaan di media sosial Arkib Negara Malaysia.

Unit Khidmat Sokongan

  1. Mengendalikan hal ehwal pentadbiran (cuti, surat-menyurat, sistem fail, mesyuarat dan sebagainya) Bahagian/Seksyen.
  2. Mengendalikan urusan kewangan (buku vot, pesanan kerajaan, penyediaan cadangan bajet) Bahagian/Seksyen.
  3. Menguruskan registri di peringkat Seksyen.
  4. Menyelaraskan hal ehwal perjawatan dan perkhidmatan Seksyen.
Image