splask

Advanced Search Function

Borang Maklum Balas

CIO

Seksyen Pengurusan Rekod Elektronik

Unit Pengurusan Rekod Elektronik

  1. Merancang dan menyediakan dasar, prosedur dan panduan berkaitan pengurusan rekod elektronik di pejabat awam;
  2. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pengurusan rekod elektronik di sepanjang kitaran hayat rekod:
    • Khidmat nasihat pengurusan rekod elektronik
    • Khidmat nasihat pembangunan aplikasi Sistem Pengurusan Rekod Elektronik (Electronic Record Management System - ERMS)
    • Taklimat / Demonstrasi Sistem Pengurusan Rekod Elektronik
  3. Merancang dan menyediakan inventori bagi sistem legasi di pejabat awam serta menjalankan kajian sistem dan penilaian rekod bagi tujuan pelupusan rekod elektronik;
  4. Membantu menyediakan klasifikasi fail di pejabat awam;
  5. Menjalankan ujian keakuran aplikasi pengurusan rekod elektronik di pejabat awam kepada spesifikasi sistem ERMS yang dibangunkan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM);
  6. Menjalankan program kerjasama dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan elektronik 
    • Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA)
    • Jabatan Digital Negara, Kementerian Digital
  7. Menguruskan penggunaan aplikasi ERMS di ANM:
  8. Melaksanakan audit pemantauan ke atas pengurusan rekod elektronik di pejabat awam.

Unit Perolehan dan Pemprosesan Rekod Elektronik

  1. Merancang dan menyediakan prosedur dan panduan berkaitan pelupusan rekod elektronik;
  2. Merancang dan melaksanakan pemindahan rekod elektronik ke ANM:
    • Permohonan pelupusan rekod digital
  3. Merancang dan melaksanakan pengarkiban laman web.
Image